Kontroversi acara Honda Day 2024 masih lagi berlarutan sehingga hari ini. Walaupun penganjur sudah mengantikan hadiah lucky draw daripada Honda SM4 kepada BMW F30, didapati rim kereta tersebut bengkok.
Terbaharu, hadiah lucky draw sebuah BMW yang diterima pemenang pula didakwa pernah mengalami kemalangan teruk.

Baca Juga:
- Penganjur Serahkan Kereta BMW F30 Kepada Pemenang Cabutan Bertuah Honda Day 2024
- Ini Keadaan Terkini Kereta ‘Grand Prize’ Honda Day 2023, Siapa Berminat Boleh ‘Roger’
- Pempengaruh Wanita Dedah ‘Brake Caliper’ Berharga RM58,000 Hampir Dicuri Pada Honda Day 2024
Perkara itu didedahkan oleh SCRUT, sebuah platform yang dapat memberikan butiran, sejarah keadaan sesebuah kenderaan.
Menerusi hantaran Facebook mereka, kereta berkenaan mempunyai rekod kemalangan ‘High Severity‘, bukan satu tetapi dua kemalangan.
“Kereta ini dilaporkan terdapat rekod kemalangan ‘High Severity‘ yang mana terdapat kemalangan sendiri.
“Mungkin terbabas sendiri, tersondol kereta orang atau kemalangan yang melibatkan kecuaian pemilik sendiri,” kata SCRUT.
Tambahnya lagi, untuk mengetahui ‘kerosakan teruk’ yang pernah dialami, kereta tersebut perlulah dihantar membuat pemeriksaan fizikal.
Setakat ini tiada kenyataan balas dikeluarkan daripada pihak penganjur.
[Kemas Kini]
Dalam perkongsian terbaharu pihak SCRUT, maklumat dalaman mengesahkan ada menerima laporan berhubunga kemalangan membabitkan BMW hadiah Honda Day tersebut.
“Kemalangan pertama, BMW tersebut dilaporkan tegelincir dan melanggar pembahagi jalan.
“Manakala kemalangan kedua, tengah parking kena langgar lori,” petik SCRUT.