BMW memperkenalkan teknologi terbarunya, lampu hadapan laser untuk motorsikal yang dikatakan mempunyai kadar kecerahan dua kali ganda daripada lampu hadapan konvensional. Teknologi yang dibawa daripada divisyen automobilnya telah membuat kemunculan pertama ke atas motorsikal konsep mereka, K1600GTL.

BACA: Sangat Cun Dan Canggih! Teknologi Lampu BMW Terbaru Yang Amat Mengujakan

bmw1

Menurut BMW, lampu laser itu mampu menghasilkan cahaya “pure white” yang terang dan boleh menjangkau penglihatan sehingga 600 meter, atau dua kali ganda jangkauan cahaya lampu konvensional. Pengeluar kenderaan terkenal dari Jerman itu juga menyatakan bahawa lampu laser ini lebih kompak, kukuh dan yang penting ianya maintenance free, menjadikan jangka hayatnya sangat panjang.

Sebelah kiri, kecerahan lampu konvensional dan perbezaannya dengan lampu laser teknologi BMW di sebelah kanan.
Sebelah kiri, kecerahan lampu konvensional dan perbezaannya dengan lampu laser teknologi BMW di sebelah kanan.

3 peringkat pencahayaan lampu hadapan K1600GTL.

bmw3

bmw4

bmw5

Sinaran lampu dari sisi.

bmw6

bmw7

Teknologi ini telah diperkenalkan kepada kereta i8 dan 7 Seriesnya dan konsep ini diperkenalkan kepada motorsikalnya. BMW mengatakan K1600GTL merupakan model cubaan mereka untuk menguji kebolehlaksaan teknologi lampu laser kerana ianya masih terlalu mahal untuk dikeluarkan secara komersial. Mereka juga berharap dengan teknologi baru ini dapat menjimatkan kos pengeluaran mereka pada masa hadapan.

bmw8

BACA: BMW Memasuki Pasaran Teknologi Cermin Mata Augmented Reality

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram