Pelajar UNIMAS, Franklin Lingga anak Abun yang berasal dari daerah Kapit, Sarawak telah menerima tawaran dari syarikat automotif terkenal dunia BMW untuk membentangkan ideanya mengenai projek teknologi semi-solar di Austria.

Bersama-sama Franklin, terdapat dua lagi individu yang terpilih untuk membentangkan idea berdasarkan cadangan yang dikemukakan masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

46525967_615941112158455_4657847863068327936_n

Apa yang membanggakan Malaysia khususnya rakyat Sarawak ialah projek yang diutarakan oleh Franklin dengan mudah meyakinkan pihak BMW untuk menerima projek tersebut sekaligus beliau diiktiraf oleh pihak BMW sebagai pakar teknologi automotif bermula 2021 hingga 2031 nanti.

Difahamkan projek tersebut merupakan salah satu projek futuristik perancangan dalam 100 tahun penubuhan syarikat tersebut menjelang 2045 nanti.

Pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Buatan itu telah membentangkan projek tersebut 23 November yang lalu dan difahamkan kini beliau masih berada di sana. Tahniah Franklin.