Bank Negara Malaysia (BNM) dan Monetary Authority of Singapore (MAS) kini  melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Malaysia dengan Singapura. Dengan ini, ia membolehkan pelanggan insitusi kewangan membuat pembayaran runcit dengan mengimbas kod QR DuitNow dan NETS2.

Menurut BNM, jalinan ini akan menyokong pembayaran secara bersemuka oleh pengguna menerusi pengimbasan kod QR fizikal yang dipaparkan oleh peniaga secara transaksi e-dagang rentas sempadan secara dalam talian.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Soyacincau

Untuk makluman, DuitNow QR adalah satu penyelesaian yang digunakan di Malaysia untuk tujuan pembayaran dengan hanya mengimbas kod QR. Di Singapura, penawaran yang mirip sama seperti ini dikenali dengan nama NETS QR.

Jadi, rakyat Malaysia yang ke Singapura boleh membayar di sana dengan mengimbas kod NETS QR menerusi dompet digital yang menyokong DuitNow QR. Sementara pelancong dari Singapura boleh membayar DuitNow QR menerusi imbasan NETS QR.

Buat masa ini, antara dompet digital tempatan yang menyokong pembayaran di Singapura dengan mengimbas kod NETS QR di sana adalah termasuk AmBank Malaysia Berhad, Boost, CIMB Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Malayan Banking Berhad, Public Bank Berhad, Razer Merchant Services Sdn. Bhd., TNG Digital Sdn. Bhd. dan United Overseas Bank Malaysia Berhad.

Sumber