Kecoh sejak semalam apabila laman Google mendedahkan harga bagi 1 USD telah mencecah sehingga RM6.24. Hal ini nyata menimbulkan panik bagi sesetengah pihak khususnya pihak peniaga yang mengimport barangan dari negara luar.

Meskipun portal tukaran matawang lain tidak memaparkan jumlah tukaran yang sama, isu yang berlaku di Google masih menjadi misteri buat ramai.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Terbaharu, Bank Negara Malaysia pada jam 5 petang ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung data pertukaran Ringgit yang dipaparkan di Google.

Menurut pihak BNM, data yang dikeluarkan Google pada ketika itu adalah tidak tepat manakala julat perdagangan USD/MYR berada antara RM4.7480 dengan RM4.7630 sepanjang 5 Feburari.

Sehubungan dengan itu, BNM mengingatkan orang ramai agar sentiasa waspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan melibatkan isu ini.