Sejak beberapa minggu lalu ‘Founder Misi’ terus menjadi bualan orang ramai selepas mahu memperkenalkan matawang ‘Misi Coin’ dan projek ‘Misi Farm’. Sebelum ini dia berjaya mengumpul RM9 juta untuk membiayai kos perubatan bayi.

Pada pukul 2.30 pagi semalam Founder Misi sudah pulangkan semua duit yang disumbangkan penyokong projek ‘Misi Farm’, yang bertujuan mewujudkan 1,000 hab pertanian dan menghapuskan orang tengah untuk merendahkan harga barangan di pasaran.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Founder Misi berbuat demikian selepas pada hari semalam Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran supaya rakyat berhati-hati dengan aktiviti pengumpulan dana yang meragukan.

Sumber Gambar: Misirakyat.com

Dalam satu hantaran kemas kini di laman sesawang Misi Rakyat pukul 5.29 pagi tadi, semua dana sudah 100 peratus dipulangkan semula kepada penyumbang.

Donation RM400,000 Misi Farms telah di’refunds‘ semula kepada semua penyumbang kerana beberapa halangan yang tercetus melibatkan BNM.

“Atas sebab di atas, saya redha dan saya tidak nampak jalan ini akan jadi mudah jika atas term donation.

“Sebab itu saya refunds semuanya dan saya akan teruskan bina hub pertama Misi Farms dengan duit syarikat sendiri.

“So ready untuk Plan B?” Kata Founder Misi.

Terdahulu BNM menggesa supaya orang ramai sentiasa memastikan kesahihan apa-apa kempen pengumpulan dana sebelum mengambil bahagian.

Peringatan itu dikeluarkan berikutan terdapat aktiviti pengumpulan dana meragukan yang tular di laman sosial kebelakangan ini dan dilihat sudah mula mengambil dana daripada orang ramai tanpa kawal selia sewajarnya.