Filem terbaru siri animasi tempatan kegemaran ramai, BoboiBoy 2 sudah pun ditayangkan secara rasmi pada 8 Ogos 2019 dan kutipan pembukaan BoboiBoy 2 ini nampaknya sudah setanding dengan animasi dari luar negara.

Pihak Animonsta Studios mengumumkan bahawa BoboiBoy 2 telah meraih kutipan RM1.18 juta pada hari pertama tayangannya! Kutipan ini menjadikan BoBoiBoy 2 filem animasi tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi pada hari pembukaan.

Pencipta animasi BoBoiBoy, Nizam Razak sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Menerusi perkongsian di laman Facebook beliau, Nizam telah berkongsikan review awal daripada peminat setia BoboiBoy 2 dan semua sangat puas hati dan teruja dengan filem kedua ini.

Cuti sekolah ini adalah masa terbaik untuk bawa anak dan keluarga menonton filem BoBoiBoy 2 ini. Kami juga sudah menonton filem ini dan ianya memang terbaik! Ayuh ke pawagam berdekatan anda untuk beri sepenuh sokongan kepada satu lagi karya hebat buatan Malaysia ini.