Tidak lama lagi, perayaan Tahun Baru Cina akan tiba dan setiap perayaan, pasti banyak promosi menarik terutama sekali makanan dan minuman untuk anda dapatkan.

Kali ini, kami kongsikan 5 promosi menarik untuk anda rebut sempena Tahun Baru Cina. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan!

Baca Juga:

1. Burger King

Kali ini, Burger King tampil dengan 3 set menu Lucky iaitu Lucky Tendergrill, Lucky Salmon, dan Lucky Double Beef. Ketiga-tiga menu ini memang sedap dan secara personal saya suka Lucky Tendergrill.

Menariknya, jika anda membeli mana-mana menu Lucky ini, anda berpeluang untuk menangi hadiah-hadiah menarik seperti emas dan juga baucar.

2. Zus Coffee

Hanya beli dua minuman siri ‘Watermelon’, anda boleh mendapatkan keychain edisi terhad ini secara percuma sementara stok masih ada.

Promosi ini bermula pada 5 Februari hingga 18 Februari 2024. Jadi, jangan lepaskan peluang anda!

3. Jollibee

Anda hanya perlu beli mana-mana Fortune Bundle set dan boleh dapatkan 4x pek Calpis Soda Original 320ml secara percuma.

Harga untuk satu set Fortune Bundles RM17.99 sahaja. Berbaloi kan?

4. Bask Bear Coffee

Bask Bear Coffee menawarkan anda menu baru sempena Tahun Baru Cina dan istimewanya, dengan pembeli set Seafood Toastie bersama satu minuman siri madu, anda berpeluang untuk menerima hadiah menarik iaitu emas.

Harga untuk set tersebut bermula dari RM9 sahaja. Tunggu apa lagi?

5. Starbucks

Tiada menu baharu tetapi anda boleh dapatkan minuman Starbucks dengan harga RM10 bersaiz grande untuk minuman handcrafted.

Anda hanya perlu memakai pakaian berwarna merah dan mengikuti sosial media Starbucks. Promosi ini bermula pada setiap Khamis dari 8 Februari hingga 29 Februari 2024.

Raikan Tahun Baru Cina ini dengan penuh kemeriahan dan rebut peluang keemasan ini untuk nikmati menu terbaharu. Malah, anda turut berpeluang untuk mendapatkan hadiah menarik daripada restoran terpilih.