BonusLink kini melancarkan kempen kepada pelanggan setianya untuk memperoleh sehingga 25X Mata BonusLink apabila membuat pembelian dengan Visa.
Untuk pengetahuan anda, kempen ini akan berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2023 dengan 54 juta mata BonusLink tersedia sepanjang tempoh kempen.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Mudah sahaja untuk anda mengumpul mata ganjaran sehingga 25X Mata BonusLink iaitu berbelanja menggunakan Kad Debit/Kredit Visa di setiap transaksi dengan perbelanjaan terkumpul RM500 atau lebih dalam sebulan di semua rakan kongsi BonusLink yang mengambil bahagian seperti Shell, Tealive dan banyak lagi.
Kempen ini terbuka kepada semua ahli BonusLink yang layak dan dihadkan pada 2,500 mata ganjaran BonusLink untuk setiap ahli sebulan. Mata ganjaran akan dikreditkan ke akaun ahli dalam masa 5-6 minggu selepas kempen tamat.