Pastinya ini satu ‘nightmare’ apabila percutian yang telah di rancang tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak munasabah. Baru-baru ini, telah menjadi buah mulut netizen apabila 6 orang gadis Malaysia tidak dibenarkan menaiki kapal terbang untuk bercuti ke Perth, Australia.
Berikutan itu, Andrew Goledzinowski iaitu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah memberikan maklum balas mengenai isu tersebut di laman media sosial Twitternya. Menurutnya, Pegawai Perhubungan Penerbangan (ALO) yang bekerja di lapangan terbang akan memastikan pelancong yang akan ke Australia memenuhi keperluan kemasukan mereka.
Hi Reen. 🇦🇺 Airline Liaison Officers work at airports around the 🌍 to help make sure travellers to Australia meet our entry requirements. I can’t comment on yr specific case, but about 400,000 M’sians visit 🇦🇺 every year w/o problems. https://t.co/0hxcdQdVgP
— Australian High Commission Malaysia (@AusHCMalaysia) August 8, 2019
No system is perfect. But it works. And it’s not about “profiling”. ATM, M’sia is one of only 4 countries in Asia that get visas online (ETAs). We want to maintain that status. But it means we HAVE to pay attention to who is coming to 🇦🇺 and for what purpose.
— Australian High Commission Malaysia (@AusHCMalaysia) August 8, 2019
Akan tetapi, Andrew Goledzinowski tidak dapat memberikan sebarang komen terhadap apa yang berlaku kepada kes 6 gadis tersebut dan mengatakan bahawa kira-kira 400,000 rakyat Malaysia melawat Australia setiap tahun tanpa sebarang masalah. Malah, Malaysia merupakan satu daripada empat negara Asia yang mendapat visa dalam talian.
Untuk pengetahuan anda, ramai rakyat Malaysia yang tinggal lebih masa dan bekerja secara haram di sana menjadikan Malaysia berada di tangga pertama. Ini menunjukkan bahawa pelanggaran peraturan yang dilakukan oleh mereka yang menetap lebih masa dan bekerja secara haram di sana menyukarkan rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke sana.
Walau bagaimanapun, setelah isu ini diperjelaskan oleh Andrew Goledzinowski, netizen tampil memberikan pelbagai reaksi di Twitter. Ada yang mengatakan bahawa mereka faham akan keperluan ‘profiling’ tetapi sepatutnya ada kelonggaran sedikit apabila semuanya sudah tersedia di sana. Malah, ada yang mengatakan ‘refund’ patut dilakukan dan permohonan maaf juga patut dilakukan.
As a country that espouses the values and principles of accountability, transparency and due process, it is imperative that there is a mechanism that the public can provide their feedback and comments. I'm one of the "victim" of this ill prepared and incompetent "profiling".
— be a ten (@dominicyee) August 8, 2019
you have to properly ready back what she wrote. the way they were treated was bad, even if they are willing to go and get more cash and exchange the money, it was ignored.
the officer must apologize.— Luke (@drluke1989) August 9, 2019
Then the people denied entry should be entitled for full refund. Don't give out visas if you think these people are going to overstay. How hard is that?
— 🇲🇾 Ahmad Zamri | احمد زامري | Ахмад Замри (@ahmadzamri) August 8, 2019
Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Pastinya isu ini memberikan anda sedikit rasa takut akan dihalang berlepas ke Australia. Akan tetapi, mungkin ini cara pihak Australia untuk memastikan tidak ramai penduduk haram di sana.
Baca lagi: Gadis Ini Kongsi Pengalaman Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth, Australia Di KLIA2