Wabak Coronavirus yang berasal daripada Wuhan, China kini telah dilaporkan telah membunuh 17 orang, manakala 450 lagi dijangkiti.

Wabak yang turut dikenali sebagai 2019-nCoV ini telah mula masuk ke negara-negara luar seperti Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan. Sebuah pasar basah di Wuhan dilaporkan menjadi sebab utama penularan virus ini di mana peniaga di sini menjual daging haiwan eksotik seperti anjing, ular, tikus, kelawar dan banyak lagi untuk dijual kepada penduduk tempatan untuk dimakan.

https://twitter.com/tablet999/status/1219620866276741121

Huanan Seafood Market yang terletak di tengah-tengah bandar Wuhan pada ketika ini telah ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa. ia sehubungan laporan menyatakan Coronavirus ini berasal daripada haiwan liar yang dijual di pasar basah ini.

Namun dalam satu laporan khas oleh Daily Mail UK, pasar basah ini turut menjual daging koala mentah yang fresh untuk dimakan oleh penduduk setempat. Berita berkenaan ternyata mengejutkan serta menimbulkan kemarahan penduduk Australia.

Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang pengguna Twitter bernama Muyi Xiao yang turut berkongsikan satu carta harga daging makanan eksotik yang boleh dibeli di pasar basah berkenaan. Daging koala atau disebut lebih dikenali sebagai tree bears di China boleh dibeli pada harga 70 RMB (RM41). Tidak dipastikan sama ada harga berkenaan untuk setiap kilo atau seekor koala.

koala table
Harga pasaran untuk setiap daging eksotik yang dijual di pasar basah Wuhan. Kredit gambar: Muyi Xiao/Daily Mail

https://twitter.com/muyixiao/status/1219484417745395714

“Cuba anda lihat pada menu daging haiwan yang ada di sana. Mereka turut makan koala. Tiada haiwan yang selamat daripada dimakan di China,” tulis salah satu komen yang terdapat di laman Weibo di mana berita ini pada mulanya tersebar.

“Disembelih segar, dibekukan dan dihantar terus ke rumah anda,” antara yang tertera pada papan harga yang terdapat di pasar berkenaan.

Penduduk Australia turut tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapat stok koala hidup sedangkan haiwan berkenaan cuma boleh didapati di Australia sahaja. Mereka tidak dapat menerima kenyataan haiwan yang jinak ini turut menjadi ‘mangsa’ bagi memenuhi selera pelik segelintir penduduk tempatan di China.

Selepas penularan gambar ini, ramai yang berharap pihak kerajaan China dapat menyelia jenis daging eksotik yang bakal dijual di China. Dengan kebakaran yang mengorbankan lebih 1 bilion hidupan di Australia, ia bukan masa yang terbaik untuk melihat daging koala dijual dan kemudiannya dijadikan menu makanan.

Semua penduduk di Wuhan, China dikuarantin oleh pihak kerajaan dalam usaha mengelakkan virus ini daripada terus merebak ke seluruh dunia. Anda boleh bacanya lagi di bawah.

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

Tidak Lengkap Percutian Anda Ke Perth, Australia Jika Tidak Melawat 8 Lokasi Ini

Sumber