Aplikasi e-wallet popular Boost nampaknya telah melebarkan lagi platform e-wallet mereka bagi memudahkan orang ramai untuk bertransaksi secara cashless.

Terbaru, Boost telah bekerjasama bersama UnionPay bagi melebarkan lagi jaringan e-wallet ke serata dunia. Untuk pengetahuan anda, Union Pay kini telah mempunyai bilangan pengguna sekitar 7 bilion serta 1,800 rangkaian seluruh dunia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

The official MoU Signing of Boost x Union Pay International

Berdasarkan laporan media, kerjasama dua syarikat ini bakal melebarkan lari jaringan cashless ke serata tempat di dunia serta memudahkan para pelancong untuk melakukan transaksi apabila berada di Malaysia.

Setakat ini aplikasi Boost telahpun mempunyai 2.7 juta bilangan pengguna aktif serta lebih 30,000 rangkaian yang menyokong aplikasi ini. Jelas sekali, aplikasi ini sememangnya komited untuk menjayakan misi cashless bagi memudahkan orang ramai.

Buat anda yang berminat untuk mencuba aplikasi Boost serta mendapatkan pelbagai promosi menarik, anda boleh muat turun di App Store dan Play Store bagi pengguna Android dan iOS. Layari laman web Boost untuk maklumat lanjut.