Kelab Bundesliga, Borussia Monchengladbach berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia iaitu Kevin Diks.
Menurut perkongsian wartawan Sky Sports, Monchengladbach mahu mengukuhkan bahagian pertahanan dan mereka melihat Diks sebagai pemain yang tepat untuk mengisi posisi tersebut.
Baca Juga:
- Netizen Indonesia Serang Instagram Kaoru Mitoma Selepas Insiden Kekasaran Terhadap Kevin Diks
- Shin Tae-yong Umum Skuad Indonesia Hadapi Piala AFF 2024
- Shin Tae-yong Buka Akademi Bola Sepak Di Indonesia
🚨⚫️⚪️🟢 Borussia Mönchengladbach is looking to strengthen their squad with a new central defender in the winter. One name on their list is Kevin #Diks.
The 28-year-old is under contract with Copenhagen until the end of the season and was already a hot topic at BMG during the… pic.twitter.com/uTXi2hQjHd
— Florian Plettenberg (@Plettigoal) November 24, 2024
“Borussia Monchengladbach mahu mengukuhkan posisi pertahanan dengan mencari pemain baharu pada jendela perpindahan musim sejuk yang akan datang.
“Salah satu nama yang berpotensi ialah Kevin Diks. Pemain berusia 28 tahun itu masih mempunyai kontrak bersama Copenhagen dan menjadi pilihan untuk menyertai kelab Jerman,” kata Florian Plettenberg.
Monchengladbach tidak mahu membuang masa dan mahu menandatangani Diks pada jendela perpindahan musim sejuk yang bakal dibuka pada Januari ini.
Diks ketika ini beraksi bersama kelab Denmark iaitu FC Copenhagen dimana kontraknya akan tamat pada bulan Jun 2025. Namun sehingga saat ini, masih belum ada perbincangan mengenai lanjutan kontrak.
Sepanjang kariernya, Diks tidak pernah beraksi di Jerman dimana beliau sebelum ini pernah beraksi bersama kelab dari Belanda, Itali dan Denmark.
Di peringkat antarabangsa, Diks memilih untuk beraksi bersama pasukan Indonesia dan beliau membuat penampilan pertama ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Jepun.
Akan tetapi, Diks terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama selepas mengalami kecederaan ekoram dikasari oleh Kaoru Mitoma.
Sebagai makluman, Diks boleh beraksi di beberapa posisi seperti pemain pertahanan tengah ataupun di bahagian kanan.