Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong mengumumkan barisan pemain yang akan membawa cabaran pasukan itu dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024 yang akan bermula kurang dua minggu lagi.
Skuad Garuda yang muncul sebagai naib juara sebanyak 6 kali dalam sejarah saingan itu muncul sebagai salah satu pilihan untuk memenangi kejuaraan edisi kali ini.

Baca Juga:
- Shin Tae-yong Buka Akademi Bola Sepak Di Indonesia
- Ong Kim Swee Bakal Bimbing Kelab Indonesia?
- Ranking FIFA: Indonesia Kembali Pintas Malaysia
Shin Tae-yong menggunakan kombinasi pemain senior dan pemain muda dalam skuad Indonesia kali ini dimana beliau membawa pemain dari skuad B-23, B-20 dan juga lapan pemain dari skuad senior.
Marselino Ferdinan ke Piala ASEAN 2024. Turut berada dalam skuad Garuda, Ivan Jenner, Justin Hubner, Pratama Arhan dan Asnawi Mangkualam. Manakala, FAM dijangka umum pemain minggu ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/KoOxxhdGv1
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 25, 2024
Lapan pemain senior yang berada dalam skuad kali ini terdiri daripada Muhammad Ferarri, Justin Hubner, Asnawi Mangkualam, Pratama Arhan, Ivar Jenner, Marselino Ferdinan, Hokky Caraka, dan Rafael Struick.
Pemain dari skuad B-22 tahun pula terdiri daripada Arkhan Fikri, Ronaldo Kwateh, Achmad Maulana Syarif, Kakang Rudianto, Zanadin Fariz, Alfriyanto Nico, dan Rayhan Hannan.
Sementara itu, pemain dari skuad B-20 yang berada dalam skuad kali ini antaranya Dony Tri Pamungkas, Kadek Arel Priyatna, Arkhan Kaka, Sulthan Zaky, dan Ikram Algiffari.
Pemaij yang dipanggil akan menjalani kem latihan pusat di Bali yang akan bermula dari 26 November hingga 5 Disember.
Indonesia berada dalam kumpulan B bersama Vietnam, Filipina, Myanmar dan Laos.
Berikut adalah skuad penuh Indonesia:
Penjaga Gol
Cahya Supriadi (FC Bekasi City), Daffa Fasya (Borneo FC Samarinda), Erlangga Setyo (PSPS Pekanbaru), Ikram Algiffari (Semen Padang)
Pertahanan
Achmad Maulana Syarif (Arema FC), Kadek Arel Priyatna (Bali United), Alfan Suaib (Persebaya Surabaya), Mikael Alfredo Tata (Persebaya Surabaya), Dzaky Asraf (PSM Makassar), Sulthan Zaky (PSM Makassar), Dony Tri Pamungkas (Persija Jakarta), Muhammad Ferarri (Persija Jakarta), Kakang Rudianto (Persib Bandung), Robi Darwis (Persib Bandung), Justin Hubner (Wolverhampton Wanderers, England), Asnawi Mangkualam (Port FC, Thailand), Pratama Arhan (Suwon FC, Korea Selatan)
Pemain Tengah
Arkhan Fikri (Arema FC), Rivaldo Eneiro (Borneo FC Samarinda), Rayhan Hannan (Persija Jakarta), Zanadin Fariz (Persis Solo), Alfriyanto Nico (Dewa United), Victor Dethan (PSM Makassar), Ananda Raehan Alif (PSM Makassar), I Made Tito Wiratama (Bali United), Armando Robert Oropa (PSBS Biak), Ivar Jenner (Jong Utrecht, Belanda), Marselino Ferdinan (Oxford United, England)
Penyerang
Hokky Caraka (PSS Sleman), Arsa Ramadan Ahmad (Madura United), Arkhan Kaka (Persis Solo), Rafael Struick (Brisbane Roar, Australia), Ronaldo Kwateh (Muangthong United, Thailand)