Dengan pengukuhan nilai semasa Ringgit Malaysia yang memberi pertukaran nilai matawang RM1 bersamaan 3,3436 IDR kini telah menarik minat lebih ramai wargsa Malaysia untuk pergi melancong ke negara jiran, Indonesia.

Salah satu lokasi yang wajib di dalam itinerari rata-rata pelancong Malaysia adalah Jakarta kerana penawaran pelbagai tempat menarik serta peluang menerokai budaya dan makanan tempatan yang sedap.

Namun, setiap kali mendengar peracangan lokasi yang mahu dikunjungi, pasti mendengar frasa seperti Pagi Sore atau tempat pelancongan Pantai Indah Kapuk yang akhirnya dipenuhi oleh orang ramai tanpa ada kelainan dalam pengalaman merasai kehidupan lokal sebenar.

Oleh itu, seorang pengguna Threads yang juga dipercayai sering pergi bercuti sedia berkongsi tips menarik bagaimana orang ramai turut boleh menggelakkan diri daripada mengikuti ‘template’ biasa warga Malaysia dan mencari kelainan untuk percutian kelak.

Pertama sekali, selain pergi Pagi Sore, anda boleh mencuba kedai nasi padang sederhana atau Simpang Raya yang mana jauh lebih sedap dan kurang trafik pengunjung.

Lokasi Pantai Indah Kapuk atau nama singkatannya PIK boleh dipertimbangkan untuk tidak dikunjungi kerana tempatnya yang terhad dan barang sering kehabisan stok.

Berbanding PIK, dia menyarankan orang ramai untuk menerokai pusat beli-belah seperti Blok M, Lippo Mall dan Grand Indonesia yang sedia menjadi syurga kulinari dan pusat tumpuan yang mudah diakses, menjadikannya destinasi wajib untuk merasai kepelbagaian dinamik kota Jakarta.

Kalau anda mahu menikmati pengalaman sebenar rasa makanan lokal, boleh pertimbang mencuba makanan jalanan kerana sangat berbaloi namun begitu ada yang mengingatkan anda untuk memeriksa tahap kebersihan vendor yang mahu dicuba.

Restoran Remboelan mungkin sangat terkenal namun apa salahnya anda menikmati kedai rempah bistor atau warung leko yang terletak di Grand Indonesia yang mana lebih mesra poket dan keadaan sekeliling yang terkawal.

jakarta
Sumber Gambar: FB ThamrinCityJakarta

Jika berada di Thamrin City pula, anda perlu menerokai tingkat lain untuk melihat penawaran yang tersedia buat pengunjung. Sementara di Blok M, anda dinasihati untuk meluangkan masa paling kurang selama dua hari kerana terdapat pelbagai gedung, kafe kedai makan, dan kehidupan malam yang menarik.

Mahu mencari pakaian kualiti seakan Uniqlo, boleh pula lanjut ke mu+ku atau suko yang berada di Blok M yang dipercayai lebih mampu milik dan berbaloi.

Anda peminat tegar kopi? Pengguna Threads ini turut sudi berkongsi tempat ‘hidden gem’ yang membolehkan menikmati secawan espresso atau americano dengan menggunakan biji kopi sebenar di Pasar Santa.

jakarta
Sumber Gambar: Threads @i.jiaaa_

Terdapat restoran mewah yang menawarkan daging steak yang sedap dengan harga mampu milik namun perlu dibuat tempahan slot iaitu di Picca Steakhouse.

Banyak lagi juadah yang dikongsikan yang wajib anda cuba salt bread dan pisang goreng di jalan kebun kacang.

@kulinerwisata_info

Family Mart 🤗 #familymart #coffee #bekasiviral #makana #bekasikuliner

♬ suara asli – kulinerwisata_info – kartika

Selain itu, penawaran seleksi menu di Family Mart Indonesia juga difahamkan sangat berbeza berbanding di Malaysia menjadikan ia salah satu tempat yang boleh pertimbang untuk terokai.

Bosan Dengan Tempat 'Template' Di Jakarta? Geng Kaki Travel Kongsi Cara 'Enjoy' Macam Orang Lokal
Sumber Gambar: Threads @i.jiaaa_

Nak bawa balik buah tangan pula bolehlah kunjungi Indomaret kerana menawarkan pelbagai manisan, jajan, biskuit dengan harga marhaen.

Dalam pada itu, sebahagian individu lain turut berkongsi tempat menarik lain yang anda patut singgah seperti muzeum negara, Urban Forest di Cipete, Kemang, Gading, Barito dan Tanah Abang.

Untuk anda yang mempunyai ‘perut’ yang sensitif, ada yang berkongsi tips untuk meminum air kultur seperti Yakult sehari sebelum mencuba makanan jalanan.

Dengan tips serba menarik ini, pasti ramai rakyat Malaysia boleh menerokai pengalaman sebenar kehidupan dan budaya tempatan dan bukannya ikut template lagi selepas ini.