Skuad kebangsaan Brazil mahu mendapatkan khidmat salah seorang pengurus terbaik dunia selepas mereka dibelasah Argentina dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Menurut laporan, badan bola sepak negara itu kembali menghidupkan usaha dalam mendapatkan khidmat pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti selepas melupakan seketika langkah itu pada 2023.

Baca Juga:

Brazil Tidak Puas Hati Dengan Dorival Junior

Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memecat pengurus ketika ini, Dorival Junior selepas pasukan menampilkan prestasi yang tidak konsisten sejak beliau dilantik.

Brazil
FILE PHOTO: Soccer Football – FIFA Club World Cup – Semi Final – Al Ahly v Real Madrid – Prince Moulay Abdellah Stadium, Rabat, Morocco – February 8, 2023 Real Madrid coach Carlo Ancelotti before the match REUTERS/Susana Vera

Salah seorang lagenda pasukan, Ronaldo Nazario mendedahkan usaha CBF pada 2023 bukanlah khabar angin dimana Ancelotti telah menolak tawaran yang diberikan.

Ancelotti berada di tahun terakhir kontraknya di Bernabeu ketika itu dan Brazil yakin dapat memikatnya untuk menguruskan pasukan yang mana tirut dibarisi oleh beberapa bintang Los Blancos.

Presiden CBF, Ednaldo Rodrigues yang dipilih semula minggu ini memberitahu negara Ancelotti akan mengambil tugas itu apabila kontraknya di Madrid tamat pada 2024, tepat pada masanya untuk Copa America, di Amerika Syarikat pada Jun.

“Dia akan berada di sini, anda boleh pastikan,’ kata Rodrigues mengenai Ancelotti.

Brazil

Spekulasi mengenai masa depan Ancelotti terus bertiup kencang di sebalik prestasi cemerlang Madrid dan kutipan trofi yang mengagumkan dalam tempoh kedua bersama pasukan itu.

Bekas bintang Madrid dan bos Bayer Leverkusen iaitu Xabi Alonso dilihat sebagai pengganti yang sesuai dan beliau dianggap bila-bila masa boleh menyertai Madrid.

Ramai menjangkakan dia akan berpindah ke Sepanyol pada musim panas lalu selepas membimbing Leverkusen merangkul kejuaraan Bundesliga pertama mereka serta Piala Jerman dan final Liga Europa.

Awal tahun ini, pengurus berusia 65 tahun memberikan pandangan mengenai masa depannya bersama Real Madrid.

‘Saya mahu menjadi sangat jelas. Saya tidak akan memutuskan tarikh saya berpisaj dari kelab ini dalam hidup saya. Saya tahu betul bahawa ia akan datang satu hari nanti, tetapi saya tidak akan memutuskan hari itu.

‘Ia mungkin esok atau dalam satu atau lima tahun. Saya mempunyai kelebihan bahawa Florentino [Perez] akan berada di sini selama empat tahun lagi dan saya mempunyai objektif untuk mencapainya bersamanya. Kita boleh mengucapkan selamat tinggal bersama,” katanya.