OPPO Malaysia sekali lagi berkolaborasi bersama sebuah kumpulan Kpop terkenal iatu BSS (SEVENTEEN) untuk pelancaran yang dinanti-nantikan, siri OPPO Reno12 selepas kejayaan kerjasama mereka menerusi OPPO Reno11 F sebelum ini.
Ahli-ahli SEVENTEEN seperti SEUNGKWAN, DK dan HOSHI sebelum ini telah menggunakan ciri-ciri pintar seperti Smart Image Matting dan AI Portrait Retouching untuk menonjolkan personaliti mereka di media sosial dan dalam dunia profesional.

Dalam kerjasama terbaharu mereka, BSS (SEVENTEEN) akan memperkenalkan siri OPPO Reno12 yang akan datang melalui video eksklusif yang akan dikeluarkan bermula daripada 4 Julai 2024.
OPPO Reno12 menampilkan reka bentuk terinspirasi Retro Futurism baru dan teknologi AI canggih yang bertujuan untuk meningkatkan fotografi mudah alih dalam pelbagai situasi harian.

Dengan mengikuti jejak langkah OPPO Reno11F, anda boleh menjangkakan hasil gambar potret pada siri kalini jauh lebih profesional serta berkualiti sekaligus membuatkan kumpulan Kpop iru jatuh hati pada keupayaan peranti ini.
Selain penawaran fotografi profesional, OPPO Reno12 ini lengkap dengan spesifikasi terkini yang bakal memastikan segala urusan seharian jadi semakin produktif kerana prestasi peranti yang cemerlang dan paling utama sekali ketahanan bateri yang luar biasa.
Untuk meningkatkan kemeriahan pelancaran untuk siri Reno12, OPPO Malaysia turut menganjurkan KLCC LRT Tunnel Takeover dengan poster BSS, menjemput peminat untuk mengunjungi dan mengambil gambar bermula daripada 22 Jun 2024.


Selain itu, sempena pelancaran Reno12 pada 27 Jun, pelanggan yang membeli OPPO Reno12 atau Reno12 Pro berpeluang untuk menerima kotak Souvenir BSS edisi terhad. Anda boleh lawati laman rasmi OPPO untuk ketahui lanjut dan membuat pratempahan menerusinya.