OPPO baru-baru ini telah melancarkan sebuah tablet mesra poket bersempena dengan pengenalan OPPO Reno 11. Tablet baharu mereka yang dikenali sebagai OPPO Pad Neo ini dijamin hadir dengan prestasi dan spesifikasinya yang sudah dipertingkatkan.

Selaras dengan itu, kami juga berpeluang menggunakan tablet OPPO Pad Neo selama seminggu. Di sini, kami bakal kongsikan ulasan  berdasarkan pengalaman sendiri sepanjang penggunaan tablet Oppo baharu ini

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekaan yang premium

Sumber Gambar: The Vocket

Sebaik melihat tablet ini,  anda boleh lihat betapa premium binaannya termasuk rekaan tubuh yang kukuh, hadir dengan finishing matte pada bahagian belakang serta tampil nipis.

Bukan itu sahaja, Oppo Pad Neo turut didatangkan dalam saiz yang kompak seperti buku sekaligus sedap untuk dipegang dan juga melakukan navigasi menerusinya. Hadir juga bersama kamera depan dan belakang bagi memenuhi keperluan harian.

Prestasi harian yang memuaskan

Sumber Gambar: The Vocket

Tidak hanya gah di luaran sahaja, hal ini kerana penawaran spesifikasi yang lebih baik dari segi cip pemprosesan dan skrin turut tersedia menerusi Oppo Pad Neo.

Dengan cip Mediatek Helio G99 dan 6GB RAM, anda boleh melakukan segala aktiviti harian dengan lancar seperti melayari laman web, menonton filem atau mengambil nota dan juga bermain games kasual.

Sumber Gambar: The Vocket

Memang tidak dinafikan paparan skrin panel IPS 2.4K bersaiz 11.4-inci dengan sokongan refresh rate 90Hz ini sedia memberikan pengalaman pelayaran yang cukup lancar dan responsif untuk kegunaan seharian. Ditambah dengan keterangan 400nits bakal memastikan kandungan boleh dilihat jelas di dalam pelbagai senario.

Pengalaman audio yang imersif

Sumber Gambar: The Vocket

Apa yang patut dipuji dengan tablet berharga bawah RM1,500 ini adalah penawaran sistem audio yang cukup baik kerana adanya empat speaker yang menyokong Dolby Atmos. Dengan ini, ia menghasilkan bunyi audio yang cukup jelas secara menyeluruh.

Menariknya, kami masih boleh mendengar muzik atau menonton filem dengan audio yang jelas dan lantang menerusi tablet ini tanpa perlu menggunakan fon telinga lagi. Setakat penggunaan, tiada pula isu bunyi pecah atau terlalu perlahan seperti yang berlaku pada sesetengah tablet lain di pasaran.

Ketahanan bateri yang panjang

Sumber Gambar: The Vocket

Bercakap mengenai bateri pula, tablet OPPO Pad Neo ini didatangkan dengan kapasiti sebesar 8,000mAh dan menariknya mempunyai sokongan pengecasan pantas berwayar 33W SUPERVOOC.

Kapasiti bateri yang ditawarkan cukup besar untuk mengharungi sepanjang dua hari jika anda menggunakan WiFi. Kami malah boleh melakukan pelbagai perkara seperti menulis artikel sambil memainkan YouTube sekaligus tanpa perlu risau mengenai bateri.

Adakah berbaloi untuk dibeli?

Pada hemat kami, OPPO Pad Neo masih boleh dikatakan sebuah tablet yang berbaloi untuk didapatkan dalam entry level. Hal ini kerana tablet ini boleh melakukan pelbagai perkara dalam meningkatkan produktiviti seharian anda.

Tetapi anda janganlah pula menjangkakan prestasinya terlalu bagus seperti tablet dengan harganya yang lebih mahal kerana ia masih struggle untuk menjalankan suntingan video atau bermain games yang bergrafik tinggi.

Diharapkan dengan ulasan ini dapat sedikit sebanyak membantu anda membuat pilihan pembelian tablet baharu untuk kegunaan seharian.

Bagi anda yang berminat Oppo Pad Neo dijual pada harga RM1,199 (6/128GB) bagi versi WiFi dan RM1,399(8/128GB) untuk versi LTE.