Sudah meniti tahun 2023, tablet sudah menjadi salah satu peranti yang wajib bagi majoriti orang. Memiliki tablet android terbaik sememangnya dapat memudahkan pelbagai aktiviti seharian kerana skrinnya yang besar dan bateri yang tahan lama.

Terdapat sejumlah model tablet android yang sedia ditawarkan pada harga yang berpatutan. Kami bakal kongsikan lima buah tablet android terbaik yang boleh dipertimbangkan untuk kegunaan harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Samsung Galaxy Tab A8

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh pertimbangkan tablet Samsung Galaxy A8 yang mana bersesuain untuk peringkat universiti atau pun sekolah. Tablet ini tampil dengan rekaan yang minamalis bersama prestasi yang memuaskan dengan padanan memori 4GB RAM dan storan 64GB yang mana turut menyokong kad SD mikro 1TB.

Selain itu, bateri sebesar 7,040mAh turut bakal memberikan tempoh penggunaan sepanjang hari dengan baik. Terdapat sistem audio stereo menerusi empat speaker lengkap dengan talaan audio Dolby Atmos serta bicu audio 3.5mm. Untuk tujuan panggilan video atau fotografi, tablet turut hadir dengan kamera belakang 8MP dan kamera swafoto 5MP.

Kini anda boleh dapatkan Samsung Galaxy Tab A8 pada harga RM909 di Shopee sementara di Lazada berharga RM999.

Beli Sekarang Samsung Galaxy Tab A8 Di Shopee

Beli Sekarang Samsung Galaxy Tab A8 Di Lazada

2. OPPO Pad Air

tablet android terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Jenama OPPO juga sedia menawarkan sebuah tablet mampu milik yang lengkap dengan spesifikasi mantap. Tablet ini hadir dengan skrin 10.36-inci dengan resolusi 2K serta memori 4GB RAM serta kapasiti storan 128GB yang mana boleh ditambah dengan kad SD mikro jika tidak mencukupi. Saiz yang kompak juga memudahkan ia dibawa ke mana sahaja.

Paling utama sekali, tablet ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 yang mampu memenuhi keperluan aktiviti seharian termasuklah gaming atau menstrim netflix dan sebagainya. Bateri bersaiz 7,100mAh ini pula tampil dengan sokongan pengecasan pantas sekaligus tidak perlu tunggu lama untuk penggunaan seterusnya.

Anda boleh dapatkan OPPO Pad Air dengan harga RM1,117 menerusi Shopee atau di Lazada berharga RM1,299.

Beli Sekarang OPPO Pad Air Di Shopee

Beli Sekarang OPPO Pad Air Di Lazada

3. Lenovo Tab P11 Plus

tablet android terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Jika anda mahukan tablet yang lebih berkuasa untuk produktiviti, bolehlah pertimbangkan Lenovo Tab P11 Plus yang mana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB ROM. Dari segi paparan, anda bakal menikmati skrin bersaiz 11-inci dengan resolusi 2K serta refresh rate 60Hz.

Menariknya, model P11 Plus tampil dengan sokongan papan kekunci serta pen stylus tersendiri bagi tujuan produktiviti. Bateri sebesar 7,500mAh ini turut menyokong pengecasan 20W menerusi port USB-C. Anda juga bakal menikmati pengalaman audio yang baik kerana adanya pembesar suara yang dioptimumkan oleh Dolby Atmos.

Jika anda berminat dengan tablet keluaran Lenovo ini, boleh dapatkan di Shopee dan Lazada pada harga RM1,199 sahaja.

Beli Sekarang Lenovo Tab P11 Plus Di Shopee

Beli Sekarang Lenovo Tab P11 Plus Di Lazada

4. Xiaomi Mi Pad 5

tablet android terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Tablet android terbaik daripada Xiaomi ini mempunyai prestasi yang mantap dalam masa yang sama harga mampu milik. Mi Pad 5 ini menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 860 yang mana menggunakan  memori LPDDR4X serta storan UFS 3.1 yang pantas.

Tablet ini menawarkan skrin berukuran 11-inci beresolusi WQHD+ dan sokongan refresh rate 120Hz menerusinya. Bukan itu sahaja, pembesar suara stereo dengan pengiktirafan Hi-Res Audio dan menyokong Dolby Atmos bakal menjanjikan hasil audio yang imersif. Kapasiti bateri yang besar juga membolehkan tablet ini beroperasi sepanjang hari dengan lancar.

Kini anda boleh dapatkan Xiaomi Mi Pad 5 menerusi Shopee dan Lazada pada harga RM1,399.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Pad 5 Di Shopee

Beli Sekarang Xiaomi Mi Pad 5 Di Lazada

5. realme Pad X

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, sebuah tablet android yang serba canggih yang mana mempunyai sokongan rangkaian 5G dan stylus terbina padanya. Selain mempunyai skrin 10.95-inci LCD beresolusi 2K, tablet ini turut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 695 dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB ROM.

Menerusinya, terdapat kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP bagi tujuan membuat persidangan langsung dan sebagainya. Bateri pula sebesar 8,340mAh yang menyokong sistem pengecasan 33W. Empat pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos dan Hi-Res Audio turut dimuatkan pada tablet ini.

realme Pad X ini sedia ditawarkan pada harga RM1,669 menerusi Shopee dan di Lazada berharga RM1,569.

Beli Sekarang realme Pad X Di Shopee

Beli Sekarang realme Pad X Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, Xiaomi Mi Pad 5 dilihat sangat berbaloi untuk didapatkan kerana spesifikasi yang mantap seperti penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 860 berserta tampil dengan rekaan yang premium. Setakat ini, model ini paling banyak dicari oleh orang ramai dan menerima review yang positif.

Diharapkan dengan saranan tablet android di atas dapat memudahkan anda membuat pilihan mengikut kegunaan dan bajet masing-masing. Paling utama sekali, anda boleh melakukan pelbagai tugasan dengan lebih mudah kerana penawaran skrin yang lebih besar serta bateri yang tahan lama.

Sumber