Uniqlo DA Square di Damansara Avenue sememangnya menjadi port peminat-peminat kereta berkumpul kerana saiz parkir terbukanya boleh memuatkan kereta yang banyak.
Bagaimanapun kehadiran mereka membuatkan penduduk di kawasan perumahan berdekatan berasa kurang senang, lebih-lebih lagi mereka membuat bising dengan membuat ‘pop & bang’ pada waktu lewat malam.
Baca Juga:
- Butik ‘Stand-Alone’ Pertama Uniqlo Malaysia Bakal Dibuka Di Damansara Avenue Disember Ini
- Penumpang Kongsi Kisah Sedih Pemandu Bas Dipaksa Kerja 6 Hari Tanpa Henti Oleh Majikan
- Tertinggal Anak Di Stesen Minyak, Respons Kasar Ibu Ini Buat Netizen Kurang Senang
Baru-baru ini tular satu klip video seorang lelaki marah peserta & pengunjung yang didakwa membuat bising sehingga mengganggu penduduk kawasan setempat.
@lansilifechannel ini apa cerita #viral #fyp #lansilifechannel #motorsport #bisingkhel #kecohrayatiktok
Di dalam video berkenaan lelaki itu menegur orang ramai di situ sambil menunjukkan sekeping kertas yang didakwanya satu laporan polis mengenai aktiviti gathering tersebut.
Tindakan lelaki itu disambut baik oleh netizen, bukan sahaja berani menegur geng kereta terbabit seorang diri, bahkan untuk ‘keamanan’ penduduk setempat di situ yang sudah lama berhadapan dengan isu yang berulang itu.



Ada juga netizen menyatakan tidak salah untuk membuat car gathering kerana masing-masing mempunyai minat tersendiri, namun jangan abaikan kesejahteraan orang sekeliling.
Tidak kiralah berapa mahal harga kereta yang dibawa semasa perjumpaan, pastikan rasa ‘hormat’ dan ’empati’ terhadap orang lain turut dibawa bersama.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.