Seorang wanita berkongsi pengalaman di mana dia menaiki bas dipandu oleh seorang pemandu bas yang  diambil kesempatan oleh majikan untuk berkerja lebih masa sehingga kurang tidur selama hampir 6 hari.

Memetik portal Says, wanita dikenali sebagai Shu Ling dalam perjalanan dari Johor ke Perak menuju ke Thailand bagi bertemu keluarganya untuk pergi bercuti.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Dia membeli tiket bas yang sepatut bergerak pada jam 10.30 malam, tetapi bas hanya tiba pada pukul 2 pagi. Semasa dalam perjalan, wanita itu terjaga daripada tidur untuk melihat lokasi di mana dia berada pada ketika itu.

Shu Ling terkejut apabila menyedari bas itu tidak bergerak jauh kerana pemandu itu membawa bas pada kelajuan 30km/j dalam keadaan keletihan.

Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pemandu kerana ada ketika bas itu terhoyong-hayang ke lorong kanan sehingga ada kenderaan membunyikan hon ke arahnya.

“Melihat pemandu memandu pada kelajuan itu (perlahan) dan tidak duduk di lorongnya, saya bertambah gementar dan tidak berani tidur. Saya terus memerhati dan merasakan kami hampir mengalami kemalangan beberapa kali,” katanya.

Sumber Gambar: FB Shu Ling

Selepas beberapa ketika, pemandu bas memberitahu penumpang bahawa dia tidak lagi boleh berjaga dan bertanya sama ada dia boleh tidur sebentar selama 30 minit, dan penumpang bersetuju.

Pemandu bas berasa lebih baik selepas berehat, tetapi pada pukul 8 pagi, dia mula memandu semula dengan tidak berhemat.

“Seorang makcik yang baru bangun tidur juga menyedari pemandu bas itu memandu secara berbahaya. Dia bersama seorang kanak-kanak berusia tiga tahun (ketika itu),” kongsi Shu Ling.

“Jadi, kami meminta pemandu berhenti untuk menukar pemandu lain dan mendapati hanya seorang pemandu di dalam bas. Bas jarak jauh sebenarnya memerlukan dua pemandu! Kami juga berasa tidak berdaya untuk membantunya.

“Tidak lama kemudian, pemandu itu memanggil pemandu bas lain untuk mengambil alih dan membantu mengambil penumpang. Akhirnya, (kebanyakan) penumpang bas itu bertukar ke bas lain,” jelas wanita itu.

Sumber Gambar: FB Shu Ling

Bagaimanapun, Shu Ling terpaksa duduk di dalam bas itu bersama dua penumpang lain, kerana ‘bas bantuan’ tidak dapat membawanya ke destinasi yang dia hendak pergi — 30 minit dari destinasinya, yang lebih dekat daripada Sitiawan, Perak, di mana dua penumpang lain juga ingin pergi.

Walaupun ia adalah laluan terakhir, pemandu bas itu berkata dia tidak dapat meneruskan perjalanan selama lagi 45 minit untuk tiba di Sitiawan.

Jadi beliau mencadangkan membayar RM80 kepada dua penumpang itu untuk mereka menaiki Grab ke Sitiawan.

Kemudian, pemandu itu menawarkan untuk membawa Shu Ling ke destinasi yang lebih dekat.

“Kami semua bersetuju demi keselamatan kami. Dengan jarak yang tinggal sedikit, saya duduk di hadapan bas untuk memulakan perbualan dengan pemandu bas.

“Pemandu itu berkata sudah enam hari dia tidak tidur, hanya tidur siang selama satu hingga dua jam sehari. Pemandu itu berkata, dia sudah sampai tahap berasa seperti ada jalan di hadapan walaupun tiada. Semakin saya mendengarnya, semakin saya takut,” kata Shu Ling.

Wanita itu turut menanyakan mengapa pemandu itu memaksa diri untuk terus bertugas. Pemandu itu menyatakan pihak syarikat memintanya untuk meneruskan perjalanan dengan perlahan untuk melawan rasa penat serta mengantuk.

Shu Ling berpendapat oleh sebab pada waktu itu cuti umum, mungkin pihak syarikat kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa pemandu sedia ada untuk terus berkerja lebih masa.

Dia rasa simpati dengan pemandu itu dan berharap agar ada pihak-pihak bertanggungjawab dapat tampil memberikan keadilan bukan sahaja demi keselamatan penumpang, bahkan untuk kesejahteraan dan kesihatan pemandu bas.

Sumber