Sering kali apabila berada di jalan raya pastinya anda pernah melihat kenderaan tidak kira kereta, motorsikal mahupun bas yang berminat dengan menampal pelekat atau sticker dalam memaparkan info mahupun kelihatan lebih unik.
Dalam pada itu, obsesi kepada sticker ini kadang kala bukan sahaja mengurangkan ruang penghlihatan buat pemandu malah turut membahayakan pengguna. Tidak cukup dengan sticker, terdapat pula segelintir pemandu yang turut menggantung anak patung sekaligus memenuhi lebih separuh cermin hadpaan pemandu.
Isu ini nampaknya sekali lagi tular menerusi Facebook Persatuan Bangsa Johor apabila berlakunya sebuah kemalangan di Senai, Johor melibatkan sebuah bas dengan motorsikal.
Berdasarkan komen para netizen, lambakan sticker pada cermin bahagian hadapan bas bersama anak patung antara yang menjadi punca pelanggaran berlaku. Berikut merupakan gambar yang dikongsikan para netizen mengenai bas yang dikatakan gila sticker ini.
Menerusi isu yang berlaku, para netizen berharap pihak berkuasa sedia memantau isu yang berlaku khususnya pada bas dan juga lori yang dikatakan gemar menampal sticker sehingga memenuhi ruang cermin dalam memastikan isu yang sama tidak berulang lagi yang sekaligus membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Pada minggu ini tular isu apabila para netizen meluahkan kekecewaan terhadap sikap selfish geng basikal yang menyusahkan penduduk gombak.
Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak
Selepas Premis Perniagaan, PBT Mula Robohkan Binaan Depan Rumah Pula