Kita sering kali memuji akan kehebatan barangan atau produk yang dihasilkan dari Jepun sebagai yang paling terbaik dan dipercayai?
Namun, realitinya barangan di sana bukan semuanya yang datang dari sana dan ada sahaja yang dilabelkan dengan bahasa Jepun sahaja tetapi dihasilkan dari negara lain.
Seperti seorang lelaki dari Malaysia ini yang berkunjung ke sebuah butik baju popular di Jepun dan menemui satu kejutan yang tidak disangka-sangka.
Menerusi video TikTok yang dikongsi lelaki bernama @uncle_jebat, dia mula rakaman dengan berkunjung ke butik pakaian GU di Jepun, yang mana dipercayai menawarkan baju dengan harga yang murah.
Dia lalu mengambil sehelai baju yang digantung dan memperlihatkan label baju tersebut kepada penonton.
Namun perkara yang menarik perhatian apabila baju yang ingin dibeli itu mempunyai label yang menulis ia datang dari Malaysia.
“Aku kan jauh-jauh datang sampai ke Jepun. Aku nak cari baju, dia orang cakap dekat GU ni murah.
“Memang murah tapi perkaranya adalah, tengok dekat tag dia ni ‘Made in Malaysia’. Kenapa aku susah-susah terbang, datang ke Tokyo. Aduh,” katanya.
Boleh jadi dia mahu membeli baju itu untuk dijadikan sebagai cenderamata atau koleksi namun selepas mengetahui Made ini Malaysia sudah seumpama membeli produk buatan tempatan di negara asal pula dari ekspresinya itu.
Oleh itu, dia menyoal tentang harga dan lokasi sebenar tempat penghasilan baju itu kerana berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
Baju-baju yang dijual kelihatan mempunyai rekaan grafik yang menarik dan kainnya pula tampak berkualiti, sudah pasti menarik minat ramai orang mahu membelinya.
@uncle_jebat Hati-hati yg bercadang nak melancong ke sini #japan #familytrip #japantravel #japanlifestyle #japantiktok
Menjengah ke ruangan komentar, ramai yang meluahkan rasa teruja mengetahui negara Jepun rupanya sedia menghasilkan produk mereka dari negara seperti Malaysia untuk baju jenama UG itu.
Ramai yang berminat untuk mendapatkan baju itu dan menyoal mengapa baju itu tidak di jual di Malaysia walhal dihasilkan di sini.
Sebahagian netizen yang lebih arif, mereka memaklumkan terdapat kilang khas yang sedia menghasilkan baju jenama UG itu yang mana terletak di Batu Pahat.
Difahamkan ini satu praktis biasa buat pengilang untuk menghasilkan baju untuk dieksport ke luar negara dan tidak boleh dijual di Malaysia kerana mahu menjaga penjenamaan dan corak perniagaan.
Selain itu, ada yang berkongsi banyak lagi jenama terkemuka yang berlabelkan dari Malaysia seperti baju Hard Rock Cafe, mainan Hotwheels.


Mesti ramai bangga selepas mengetahui perkara ini.