Gara-gara membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur baru-baru ini, seorang wanita Palestin tampil memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai.
Wanita yang dikenali sebagai Aminah Muhammad Nafi’ Jamal Abd Rabbah menyatakan rasa kekesalan atas tindakan keterlaluan pada tempoh hari lalu. Terangnya lagi, dia hilang kawalan kerana bimbang akan keadaan anaknya yang masih berada di Gaza dan gagal dihubungi.
“Saya minta maaf dan sangat menyesali apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Allah SWT bahawa saya tidak buat dengan sengaja. Kami sedang melalui situasi dan keadaan sangat sulit yang hanya Allah tahu.
“Saya adalah ibu kepada tiga anak syuhada (anak syahid). Selain itu, sudah seminggu saya tidak boleh hubungi anak-anak saya (yang masih berada di Gaza)… tiada komunikasi dan saya tidak dapat tahu apa-apa mengenai mereka di sana, demi Allah,” katanya.
Demikian kata-kata yang diungkapkan menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @tahreergh.
Dalam pada itu, Aminah menggambarkan rakyat Malaysia sebagai orang yang baik, murah hati dan menghormati satu sama lain, selain berterima kasih kerana masyarakat negara ini menerima serta memberikan layan baik kepada mereka.
“Kamu melayan kami dengan segala kebaikan, hormat dan penghargaan. Kamu sudah melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab, tetapi kamilah yang melakukan kesalahan terhadap anda (rakyat Malaysia).
“Saya bersumpah dengan nama Allah SWT dan sekali lagi memohon maaf kepada anda atas apa yang saya lakukan, dengan penuh penyesalan besar,” katanya.
@tahreergh Dengan segala hormat kepada ATM dan semua pihak yang terlibat dalam kes perempuan Palestin yang menjadi viral 2 hari yang lepas di Wisma Putra Malaysia.. saya nak kongsi video perempuan yang sama tapi kali ni content video dia lain sangat dari video yg viral tu .. Rasulullah SAW bersabda: كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ. Maksud hadis ini adalah: Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. Hadis riwayat Al-Tirmizi. Ujian besar buat manusia adalah keupayaan untuk memaafkan orang yang membuat salah kepada beliau .. semoga Allah memberi keupayaan ini kepada kami semua.. Walau menjadi apa2 pon, kami rakyat Palestin tetap sayang Malaysia dan rakyat Malaysia.. ikhlas dari hati tahu 🥹🇲🇾🇵🇸 TahreerGh Gh
Sebagai info tambahan, Aminah merupakan salah seorang daripada 127 rakyat Palestin yang tiba di negara ini pada 16 Ogos lalu atas tujuan rawatan bagi kecederaan dialami akibat peperangan di Gaza yang diserang bertalu-talu oleh askar regim Zionis.