Sebelum ini, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Terbaharu, Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah telah membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) semalam.

Baca Juga:

Menurut Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, Rombongan PKDK diketuai oleh Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan, Yang Mulia Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz serta beberapa ahli pertubuhan yang lain.

DYMM Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada ahli rombongan yang hadir. Malah, Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Yang Mulia Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan turut hadir sama menyambut Sultanah Kelantan.

Sementara itu, lihat foto-foto DYMM Sultanah Nur Diana Petra ketika membuat kemunculan pertama: