Seorang pemuda dengan bangga membuat konten sesi live streaam tidak berpuasa untuk tatapan pengikutnya di media sosial.

Yang pelik dia menyatakan bahawa, kawasan tersebut ‘selamat’ dan tiada orang yang akan rakam perbuatannya, sedangkan dia sendiri telah merakam diri sendiri dan mempertontonkannya kepada umum secara langsung.

Dia turut menghisap vape dan shisha bersama dengan rakan rakannya sambil dan menyatakan bahawa dia agak malu kerana tidak berpuasa.

Netizen segera mempersoalkan di mana otak lelaki tersebut yang menyatakan bahawa dia cuba bersembunyi daripada pandangan umum dengan berada di tempat yang tidak ada orang, namun telah membuat siaran langsung di platform media sosial.

Netizen turut meluahkan kerisauan tentang generasi muda pada hari ini. Di mana semakin ramai yang berani membuat konten tidak berpuasa secara langsung dan dimuat naik di media sosial.

Sudah aada beberapa konten yang serupa sebelum ini dibuat oleh golongan yang tidak berpuasa ini.

Tindakan itu dianggap benar benar tidak meghormati bulan yang mulia dan mempromosikan perangai tidak elok di media sosial.

Golongan ini dianggap tidak sensitif dan hanya mengejar perhatian di media sosial dengan konten yang tidak bermanfaat. Walaupun terang terang konten seperti itu sepatutnya dimuat naik atau disiarkan secara langsung.