Di tengah-tengah hiruk-pikuk kota Thailand, muncul satu kisah yang menyentuh hati ramai – tentang seorang gadis kecil bernama Fasai, hanya berusia 12 tahun, namun sudah memikul tanggungjawab besar demi keluarganya.

Baru-baru ini, seorang pemengaruh Thailand telah berkongsi klip video yang merakam pertemuannya dengan Fasai – seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengutip sampah bersama dua ekor kucing di atas troli.

Pada mulanya, dia hanya ingin mendekati kucing-kucing comel tersebut, namun tidak menyangka akan mendengar kisah hidup Fasai.

Gadis 12 Tahun – Tiada Kawan Sebab ‘Pengutip Sampah’

Ketika ditanya sama ada dia mempunyai kawan di sekolah, Fasai mengalirkan air mata.

12 Tahun

Dia menceritakan bahawa tiada siapa mahu berkawan dengannya kerana mereka menggelarnya anak ‘pengutip sampah’.

Namun di sebalik semua itu, Fasai bukan sahaja membantu ibunya mencari rezeki, malah tetap tekun dalam pelajaran dan berjiwa besar.

Dia menolak wang yang diberikan oleh pemengaruh tersebut, sebaliknya hanya bersetuju apabila ditawarkan bantuan membeli barangan dapur.

Pilih Barang Murah Demi Keluarga

Apa yang lebih menyentuh hati, semasa di kedai, gadis 12 tahun ini hanya memilih barang keperluan asas seperti beras, makanan kering, rempah ratus dan ubat untuk sakit sendi ibunya.

12 Tahun

Malah, dia turut memilih makanan untuk kucing-kucing peliharaannya.

Ibu Tunggal Yang Bangga

Wartawan tempatan yang menjejaki keluarga Fasai mendapati ibunya, seorang ibu tunggal berusia 50 tahun, sangat bangga dengan anak perempuannya itu.

Fasai bukan sahaja rajin membantu mengutip sampah semasa cuti sekolah, malah tidak pernah culas membantu dalam urusan rumah tangga.

12 Tahun

Ibunya turut berkongsi bahawa dua anak lelakinya yang lebih tua sudah bekerja, namun hanya Fasai yang masih bersama dan terus membantu walaupun masih kecil.

Kini selepas kisahnya tular, semakin ramai yang tampil untuk menghulurkan bantuan.