Sejak minggu lepas, tular satu hantaran dari seorang pemuda yang memuat naik hantaran berbaur kutukan terhadap kerjaya guru dengan bergambar di samping sebuah kereta sport yang boleh dikira mahal mengikut harga pasaran semasa.
Tangkap layar hantaran itu telah menular di pelbagai media sosial dan rata-ratanya netizen mengecam kenyataan merendahkan tenaga pengajar walhal kereta mewah bukan pengukur kejayaan sebenar.
“Katanya tanpa sekolah dan ijazah kamu tak kan berjaya, tapi aku tidak pernah lihat guru memakai lamborghini,” tulisnya.
Ramai menyangka dia pemilik Supra berwarna kelabu tersebut kerana terdapat beberapa gambar lain yang pemuda itu bersandar pada Supra bak seperti pemilik sebenar.
Namun, helahnya untuk menipu orang ramai gagal apabila netizen berjaya menjejak pemilik sebenar jentera JDM itu yang mana merupakan seorang perempuan.
Apa yang mengeruhkan lagi keadaan, pemilik Toyota Supra terbabit mendakwa telah diserang oleh netizen menerusi mesej peribadi dengan menuduh dia berkaitan dengan pemuda terbabit kerana kereta miliknya ada di dalam gambar yang tular.
Wanita tersebut terpaksa membuat klarifikasi bahawa dia benar-benar tidak mengenali pemuda tersebut dan meminta para netizen untuk tidak menyerangnya lagi kerana tidak mempunyai hubungan dengan sebarang hantaran atau dengan individu terbabit.

Terkini, budak yang tular kerana menggunakan kereta Toyota Supra milik orang lain sambil mengeluarkan kata-kata yang dianggap menghina kerjaya guru dalam video ‘inspirasi’ ala-ala ‘MLM’ itu akhirnya mengakhiri spekulasi.
“Pertama sekali aku minta maaf sebab ayat aku buat ramai orang terasa, buat ramai orang marahlah, okay ak sedar tu salah aku.
“Jadi adalah kecaman dia lebih kepada Toyota Supra. Okay adalah Toyota Supra tu aku tak claim pun itu kereta aku. Aku tak cakap tu pun kereta aku,” jawabnya.
Tambahnya, kereta itu memang sudah parkir di Genting, ramai sahaja tangkap gambar dengan Supra tersebut.
Ramai percaya dia berbuat sedemikian kerana terlibat dengan bisnes MLM dengan harapan boleh menarik downline baru.
Ini modus operandi yang biasa digunakan oleh mereka yang menyertai bisnes MLM sama ada sewa kereta atau pun bergambar dengan kereta sport yang ditemui di tempat awam untuk memperlihatkan kononnya diri sudah berjaya.