Supercar Bugatti Veyron adalah kereta terpantas di dunia buat masa ini. Dianggarkan hanya terdapat 400 unit Bugatti Veyron di seluruh dunia. Dua daripadanya ada di Malaysia; satu milik Sultan Johor dan satu milik Mohkzani Mahathir.

Di Geneva Motor Show tahun ini, Bugatti bakal memperkenalkan model kereta mereka yang terbaru, Chiron. Menurut satu kenyataan dari syarikat itu, Chiron akan menjadi kereta paling awesome, laju, eksklusif dan bergaya yang akan dihasilkan di dunia.

Chiron akan didatangkan dengan enjin W16 8-liter dan 4 turbochargers , 1500hp dan boleh menghasilkan sehingga 6000 rpm. Namun demi keselamatan pengguna, pengeluar kereta ini terpaksa menetapkan hadlaju 420km/j sahaja walaupun kereta ini mampu pergi lebih laju daripada itu.
Dianggarkan hanya 500 unit Bugatti Chiron akan dihasilkan di kilangnya di Molsheim, France. Harga pasaran bagi supercar ini adalah 1.9 juta pound (lebih kurang RM11.06 juta). Walaupun dengan harga begini, 400 unit ini pasti akan habis terjual. Bilangan jutawan dan billionaire di serata dunia kan ramai. Batch pertama kereta ini dikatakan akan siap akhir tahun ini.
Baca : Ferrari LaFerrari Ungu Milik TMJ Yang Seksi