Penyanyi terkenal, Zizi Kirana menjelaskan bahawa dirinya sudah merujuk ahli ilmuwan pun sebelum mengambil keputusan untuk membuka niqab bagi menyertai pertandingan realiti The Hardest Singing Show (THSS).

Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 39, berkata, dia telah merujuk kepada beberapa pihak melibatkan soal pemakaian niqab ketika membuat persembahan.

Buka Niqab Demi Urusan Kerja, Zizi Kirana Tampil Beri Penjelasan
Sumber Gambar: Berita Harian

“Saya sudah bertanya kepada ustazah dan menonton beberapa video kerana diri sendiri pun masih belajar dan keliru.

“Ini kerana perkara wajib dibuat ialah menutup aurat kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, saya memadai memakai niqab di tempat tertentu seperti menghadiri majlis ilmu agar lebih fokus,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zizi Kirana turut menegaskan dia tetap menjaga pergaulan walaupun ketika membuat persembahan dan sesi latihan.

Tambahnya, penari latar lelaki akan mengenakan sarung tangan ketika sesi latihan dan persembahan bagi mengelakkan mereka bersentuhan secara tidak sengaja.

“Alhamdulillah saya mendapat pasukan yang sangat bertimbang rasa dan mereka sangat menjaga batas dan mereka sudah tahu masa buat persembahan akan pakai sarung tangan.

“Pergerakan tarian juga tidak keterlaluan bagi mengelakkan perkara sebegitu berlaku,” ujarnya berhubung pergaulan di dalam kumpulan penari latar terbabit.

Untuk makluman, antara peserta lain yang turut terlibat seperti Aepul Roza, Ayda Jabat De Fam, Stacy, Putera Muhammad,Aisha Retno,  dan Kaka Azraff.

Sumber