Baru-baru ini, tular di media sosial tentang satu babak memperlihatkan sosok seorang pemuda yang menggunakan dialog Bahasa Melayu di dalam siri drama Korea terkenal musim baharu yang berjudul Taxi Driver 3.

Jadi, timbullah persoalan dari mana asalnya pemuda itu kerana berdialog berbahasa Melayu dan timbul perbalahan di antara netizen Indonesia yang mendakwa berasal dari sana dan bukannya Malaysia.

Menerusi hantaran Threads, individu yang dikenali sebagai @hhighqal mendedahkan yang dia berasal dari Semenyih dan telah menetap di Korea sejak tujuh tahun yang lalu.

Dalam pada itu, dia meluahkan rasa syukur apabila ramai rakyat Malaysia memberi sokongan terhadap dirinya.

“Saya dulu belajar di Konkuk University bidang Films and Acting dan selepas graduate saya memang teruskan karier saya sebagai pelakon di Korea dan dan bukan kru.

Saya juga ada tampil dalam drama A Shop For Killers season 1 tapi sekejap saja dan satu filem bertajuk Hideaway yang baru ditayangkan pada 19 November lalu di Korea.

Selain tu saya juga ada terlibat dalam teater, dan juga beberapa independent film yang saya berlakon sebagai watak utama.”

Bukan Dari Indonesia, Pelakon Guna Dialog Bahasa Melayu Dalam Taxi Driver 3 Buka 'Mulut'
Sumber Gambar: Threads

Satu adegan dalam episod 4 sebuah drama Korea yang berlaku di bengkel kereta telah menjadi tular di media sosial.

Ini kerana seorang pelakon dalam adegan tersebut melontarkan dialog yang dipercayai dalam Bahasa Melayu.

Situasi ini telah menarik perhatian dan mengujakan ramai peminat drama Korea di Malaysia kerana Bahasa Melayu diselitkan dalam sebuah produksi dari Korea Selatan.

@flowersdrama

The way he dropped those Malay curse words so naturally… 🤣🤣🤣 #taxidriver3 #leejehoon #kimdoki

♬ original sound – alice – alice

Dengan pendedahan ini, ramai percaya ini sudah cukup untuk menangkis dakwaan yang pelakon itu berasal dari negara seberang seperti yang dihebahkan oleh netizen di sana.