Baru-baru ini tular satu klip video di mana pasangan suami isteri bertelingkah dengan pemilik kedai basuh kereta berhubung kunci kereta Exora patah selepas menghantar cuci kereta di kedai tersebut.

Menerusi video yang tular di media sosial, wanita itu menerangkan bahawa kunci kereta Exora patah dan terlerai sewaktu mahu menutup enjin kereta semasa pergi ke kedai kek kawannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Wanita tersebut segera menghubungi suaminya, lalu mereka membuat keputusan bertemu dengan pemilik kedai carwash untuk mendapatkan penjelasan dan meminta bantuan.

Bagaimanapun kehadiran mereka tidak seperti dijangkakan, pertembungan enam mata itu menjadi pertelingkahan yang serius.

Pemilik kedai mendakwa wanita tersebut sengaja merosakkan kunci kereta sendiri, lalu mahu menuduhnya menjadi penyebab kunci tersebut patah.

Hantaran video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong pasangan suami isteri tersebut. Sebahagian lagi ada menyebelahi pemilik kedai carwash tersebut.

Dalam video terbaharu, pasangan suami isteri itu menjelaskan mereka bukanlah datang ke kedai carwash itu untuk menuduh atau meminta ganti rugi.

Sebaliknya mereka mahu meminta bantuan daripada pemilik kedai carwash tersebut untuk melihat keadaan kunci pada kereta yang berada di kedai kek selang beberapa blok daripada kedai carwash tersebut.

Sewaktu mereka cuba memberikan penjelasan situasi dihadapi, pemilik carwash dipercayai ‘tersalah faham’ — anggap dirinya dipersalahkan — lalu menyebabkan isu tersebut menjadi tegang seperti video yang tular.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu menjelaskan mereka tidak mahu memanjangkan hal itu dan move on daripada insiden tersebut.

“Apa-apa pun kami maafkan saja. Kami tak minta pun ganti rugi, atau pun pergi tribunal.

“Kita sama-sama meniaga, sama-sama cari rezeki,” kata pasangan suami isteri itu.