Tular di media sosial tentang kehilangan seorang lelaki sewaktu membuat urusan penjualan iPhone di Pulau Pinang sejak beberapa hari lepas.

Menurut Harian Metro, lelaki yang hilang selama empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon pintar sebelum ditemui selamat didapati menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan rakaman keterangan yang dilakukan selepas lelaki berusia 27 tahun terbabit tampil membantu siasatan.

Beliau berkata, lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan, semalam.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, lelaki bernama Daniel didakwa tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu selepas membuat uruasan penjualan telefon  pintar dengan pelanggan yang tidak dikenali.

Ibu saudaranya, Eyraswan mendedahkan mangsa sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong sambil berlari dan menangis.

“Anak buah saya, Danial, sudah hilang sejak beberapa hari lalu selepas pergi menghantar iPhone dengan customer (pelanggan) yang tidak dikenali.

“Dia sempat ‘video call‘ dengan tunangnya dan meminta tolong untuk diselamatkan. Dalam masa sama dia menangis dan berlari untuk mencari jalan keluar dari tempat itu (tidak dinyatakan).

“Tetapi video call terputus sebab bateri telefon habis. Dia tak sempat beritahu di mana lokasinya,” katanya.

Eyraswan turut meminta orang ramai menyebarkan berita kehilangan anak saudaranya itu agar Muhammad Daniel dapat ditemui segera. Mangsa kini sudah pun berjaya ditemui dan selamat pulang ke pangkuan keluarga.