Remaja 17 tahun bernama Farah Diana, yang sebelum ini dilaporkan hilang di rumah keluarga di Taman College Heights, Seremban disahkan tak hilang.
Netizen Malaysia gempar sekali lagi dengan kes orang hilang. Ini selepas keluarganya meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Farah Diana yang hilang tiba tiba dari rumahnya.
Ibunya menyedari ketiadaan anaknya itu pada 7 pagi kelmarin. Setelah pencarian dibuat, akhirnya Farah Diana disahkan bukan hilang, sebaliknya dia dia dipercayai telah meluangkan masa bersama teman lelakinya di Kelantan.
Polis malah mengesahkan bahawa remaja itu pergi ke rumah teman lelakinya tanpa izin keluarganya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan perkara itu dan telah menghubungi keluarga untuk menjemput Farah pulang semula.
Farah Diana disahkan dalam keadaan selamat ketika ditemui di Kubang Kerian, Kelantan.
Dipetik dari sumber BH Online, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata: “Seorang remaja perempuan yang dilaporkan melarikan diri dari rumah di daerah ini semalam sudah ditemui hari ini di Kubang Kerian, Kelantan.
“Mangsa ditemui dalam keadaan baik di rumah keluarga kenalan lelakinya dan dihantar ke Balai Polis Kubang Kerian untuk dijemput pulang oleh ahli keluarga dari Seremban.
Farah Diana tak hilang, ada di rumah kenalan lelaki di Kelantan#BHkes Seorang remaja perempuan yang dilaporkan melarikan diri dari rumah di daerah ini semalam sudah ditemui hari ini di Khamis di Kubang Kerian, Kelantan – Polishttps://t.co/yyKcSTFwtF
— Berita Harian (@bharianmy) August 1, 2024
“Sebelum ini mangsa dikatakan hilang dari rumah keluarganya di Sikamat, sekitar jam 6 pagi sebelum polis menerima maklumat kehilangannya pada jam 07.10 pagi.”