Digelar ‘sifu’ Shopee apabila jualan produk sambal sentiasa sold out, kejayaan Khairulaming ketika ini bukanlah sesuatu yang datang tiba-tiba tetapi ia satu perjalanan hidup yang ada jatuh dan bangunnya.
Sempena hari jadi ke-30, Khairulaming telah berkongsi sebuah video khas yang merangkumi perjalanan hidupnya dari umur 20 tahun hinggalah ke usianya sekarang, 30 tahun.
Baca Juga:
- Pernah Rugi Lima Angka, Khairulaming Kongsi Kisah Jatuh Bangun Hasilkan Sambal Nyet
- Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit
- Mudah Viral Di TikTok, Khairul Aming Kongsi Bagaimana ‘Kuasa FYP’ Bantu Ramai Peniaga
Today is my 30th birthday. finally dah masuk 3-series
I buat video ni untuk compile my life journey dari umur 20 ke umur 30. Sepuluh tahun yang penuh dgn macam-macam memori. Thanks to everyone for being part of the journey 🥺 pic.twitter.com/spumbo7SyQ
— Khairulaming (@khairulaming) September 25, 2022
Menerusi video tersebut, dapat dilihat perjalanan Khairulaming yang bermula dengan bekerja sebagai engineer dan mula mencari ‘duit tepi’ dengan menjual sambal. Malah, perniagaan sambalnya dulu juga pernah gagal pada tahun 2017 sehingga wang simpanannya habis.
Tidak berputus asa, beliau bangkit selepas kejatuhan jualan sambalnya lalu lebih fokus untuk personal branding di Instagram miliknya dengan berkongsi video masakan. Selepas berkongsi cara masakan pelbagai juadah di Instagram, Khairulaming pada tahun 2021 kembali memperjuangkan idea lama beliau dengan memperkenalkan Sambal Nyet.
Rezeki pada kali ini berpihak kepada beliau selepas sambal beliau laris terjual dalam tempoh yang singkat sekaligus mengingatkan ramai bukan senang untuk senang. Malah, kini beliau juga telah membuka kilang sambal sendiri dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang.
Inspiring 💖💖 https://t.co/S4SYZu6vdo
— シャキラー 🇲🇾🌺 (@aeyka_syakirah) September 26, 2022
Happy belated birthday @khairulaming. One of the rare wholesome and really hardworking influencers in Malaysia that young ppl can really learn from and look up to. Usaha tangga kejayaan and don't let the setbacks get you down 💪 https://t.co/Z9byJyQ5BI
— Lim Yi Wei 林怡威 🇲🇾 (@LimYiWei4MY) September 26, 2022
When people's down. I would try my best not to pushing them up drastically. Cause I strongly believe it is just part of our process to bounce back up. Kau boleh mengeluh seberapa lama yang kau nak. But I always remind them and myself to don't forget about bouncing back up!! https://t.co/DoHmA9cCOJ
— ЯΣD (@Redhajela) September 25, 2022
Perkongsiannya itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji Khairulaming yang tidak berputus asa walaupun berdepan kegagalan. Malah, ada juga netizen yang menjadikan kejayaan Khairulaming sebagai pembakar semangat untuk mereka berjaya kelak.
Antara ikon personal branding Malaysia yang anda boleh ikuti menerusi blog dan konten media sosial adalah Hadi Pahmi.
Beliau merupakan pakar branding Malaysia yang fokus kepada brand strategi, brand identiti dan berpengalaman membangunkan
120+ brand di Malaysia