Pendapatan pasangan Youtuber Sugu Pavithra mula menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen selepas beliau sebelum ini dilaporkan menerima ‘gaji’ atau bayaran daripada Google.

Bayaran daripada Google secara kebiasannya diterima melalui pengiklanan yang dilakukan YouTube di channel masing-masing selepas mereka melepasi angka tontonan yang telah ditetapkan.

snip
Pasangan suami isteri M Sugu (kanan) dan S Pavithra (kiri)

Jumlah bayaran yang diterima Youtuber ini sering saja menjadi persoalan buat netizen bukan saja di negara kita malah di seluruh dunia.

Ini kerana ada sesetengah daripada Youtuber berprofil tinggi dikatakan mampu menjana pendapatan yang agak tinggi melalui video mereka sehingga tidak lagi perlu melakukan kerja lain.

Berbalik kepada channel Sugu Pavithra tadi, jumlah tontonan dan langganan mereka meningkat mendadak terutama selepas pelaksanaan PKP di negara kita sejak Mac lalu dan sehingga kini sudah mempunyai 473,000 subscribers.

Disebabkan jumlah yang tinggi itu netizen dilihat mula membicarakan mengenai pendapatan mereka dan ada yang mula membuat anggaran mengenainya.

Tambah mengujakan, ada sesetengah anggaran yang viral sebelum ini di media-media sosial mencecah sehingga RM144,000 dan tidak kurang juga beberapa angka lain yang turut mencecah puluhan ribu ringgit.

Walaupun angka tersebut diperolehi melalui analisis yang dilakukan dengan teliti namun angka sebenar yang didedahkan pasangan tersebut malangnya dilihat sangat berbeza.

Lebih dari cukup

Bagaimanapun, dalam satu temu bual bersama Harian Metro sebelum ini, pasangan suami isteri itu akhirnya mendedahkan anggaran pendapatan sebenar mereka melalui penghasilan video di YouTube.

“Apa yang kami peroleh sekarang lebih dari cukup, buat pertama kali saya terima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu, saya tak pernah sangka dapat sebanyak itu,” kata S Pavithra.

Walaupun tidak-lah setinggi anggaran yang tular sebelum ini, namun jumlah tersebut masih sangat lumayan buat pasangan suami isteri yang sebelum ini bergantung kepada pendapatan suaminya yang bekerja di ladang dengan pendapatan sekitar RM1000.

Channel yang berkongsikan resipi masakan oleh pasangan suami isteri S Pavithra dan M Sugu bukan sahaja itu mula menambat hati rakyat Malaysia dengan kandungan mereka yang berbeza serta penggunaan bahasa kebangsaan dengan fasih.

Bukan itu sahaja, channel mereka juga turut mendapat perhatian daripada perdana menteri yang kemudiannya menghantar hadiah berupa peralatan memasak dan kata-kata semangat buat pasangan itu selepas kejayaan mereka menyatukan rakyat Malaysia melalui perkongsian resipi mereka.

Sugu Pavithra sebelum ini mula mencuri tumpuan  selepas mereka berjaya meraih pendapatan melalui YouTube walaupun hanya merakam video mereka menggunakan kamera smartphone. Klik pautan di bawah untuk membaca mengenainya. 

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Diminta Tutup ‘Channel’ Dan Berhenti Kongsi Resipi, Netizen Dakwa Sugu Pavithra Dibuli Di YouTube

Resipi Sugu Di YouTube Jadi Panduan Pasangan Jepun Ini Hasilkan Kari Ayam

 

Sumber