Memasuki tahun ini, orang ramai nampaknya bakal menyambut perayaan kali kedua tanpa dapat pulang ke kampung untuk bersama dengan yang tersayang. Pastinya agak sayu Aidilfitri yang bakal tiba dalam tujuan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 seperti yang dimaklumkan pihak kerajaan.

Buat mereka yang berpeluang menyambut perayaan, pihak polis sebelum ini telah memaklumkan rumah yang memiliki jumlah kereta yang banyak bakal diperiksa bagi mengelakkan terdapat individu yang merentas negeri.

49766524_1030413060493302_513646391742955520_o
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan

Terbaharu, pemeriksaan lebih ketat bakal dibuat Polis Kedah di mana Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata pihaknya sedia mengarah anggota melakukan rondaan sepanjang sambutan perayaan di seluruh negeri itu bagi mengesan rumah yang memiliki kereta dan juga selipar yang banyak secara mengejut.

Pemeriksaan surat rentas negeri dengan lebih terperinci antara yang bakal dibuat bagi mengelakkan terdapat individu yang hasilkan surat palsu. Pihak mereka turut menegaskan jumlah denda yang tinggi bakal dikenakan buat mereka yang disahkan menghasilkan surat rentas negeri palsu.

Berdasarkan arahan yang dibuat, pastinya orang ramai yang tidak mempunyai surat rentas negeri yang sah tidak dapat pulang ke kampung di negeri berlainan dalam mengelakkan denda tinggi yang bakal dikenakan.

Ketahui lebih lanjut mengapa terdapat perbezaan layanan buat individu yang melanggar SOP menerusi perkongsian peguam ini.

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

SOP Diperketat, Kebenaran Rentas Negeri ‘Bersebab’ Hanya Dibenarkan Dari Isnin Hingga Khamis