Pada 2 Januari lalu, tular berita mengenai penutupan senyap cawangan Darsa Fried Chicken di Bangi selepas hanya setahun beroperasi.

Penutupan mengejut ini mencetuskan pelbagai teori netizen, malah ada yang mengaitkan kegagalan itu dengan sentimen “100% milik Bumiputera” yang dibawa oleh restoran tersebut.

Tidak mahu tanggapan negatif ini terus menular, pengasas Darsa Fried Chicken langsung memuat naik satu hantaran yang panjang untuk menerangkan situasi yang sebenar di Facebook peribadinya.

'Bukan Sebab Perkauman' – Pengasas DFC Akhirnya Buka Mulut Punca Cawangan Bangi Tutup
Sumber Gambar: Pekan Bangi

Melalui satu penjelasan terbuka, beliau menegaskan bahawa dirinya sudah tidak lagi memegang sebarang kuasa atau peranan dalam menentukan hala tuju syarikat tersebut sejak awal Julai 2025 yang lalu.

Isu Perkauman Bukan Punca Utama

'Bukan Sebab Perkauman' – Pengasas DFC Akhirnya Buka Mulut Punca Cawangan Bangi Tutup
Sumber Gambar: FB
RestoranAlzuhdi

Menyentuh mengenai naratif perkauman yang dituduh menjadi punca penutupan outlet Bangi, beliau menyangkal dakwaan tersebut dengan tegas. Menurutnya, isu perkauman bukan faktor penyumbang, sebaliknya hakikat sebenar di sebalik penutupan itu jauh lebih kompleks dan menyedihkan.

“Sejarah perniagaan membuktikan, kebanyakan syarikat jatuh atau ditutup bukan kerana isu kaum atau agama semata-mata, tetapi akibat pengurusan, kewangan, konflik dalaman dan tekanan operasi,” jelas beliau.

Menolak Sentimen Kaum Sebagai Asas Bisnes

'Bukan Sebab Perkauman' – Pengasas DFC Akhirnya Buka Mulut Punca Cawangan Bangi Tutup
Sumber Gambar: FB
Darsa Fried Chicken

Beliau turut menyatakan pendiriannya yang menolak keras sebarang penggunaan sentimen perkauman dalam perniagaan kerana ia bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang Muslim dan rakyat Malaysia.

Malah, beliau mendedahkan bahawa beliau masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan berbangsa Cina dan India yang memahami bahawa kesilapan individu (admin) sebelum ini tidak mewakili pendirian keseluruhan organisasi.

Permohonan Maaf Atas ‘Keterlanjuran’ Lalu

'Bukan Sebab Perkauman' – Pengasas DFC Akhirnya Buka Mulut Punca Cawangan Bangi Tutup
Sumber Gambar: FB Darsa Fried Chicken

Dalam hantaran yang sama, beliau sekali lagi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan isu perkauman yang pernah dicetuskan oleh admin di bawah seliaannya dahulu.

Beliau mengakui perkara tersebut telah diambil sebagai iktibar besar dan tidak pernah diulang lagi.

Beliau kini hanya berharap agar pihak pengurusan sedia ada dapat mengemudi syarikat dengan lebih bijaksana.

Apa pun yang berlaku, kes ini menjadi pengajaran buat semua pengusaha tempatan bahawa pengurusan dalaman dan integriti operasi adalah nadi sebenar sesebuah perniagaan.