Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilaporkan semakin mendapat minat dalam kalangan rakyat Thailand susulan didorong oleh budaya yang lebih kurang sama, jarak yang dekat serta kos sara hidup yang kompetitif.
Memetik Harian Metro, Nurul Ain Mohamed Yunus merangkap Pengarah Tourism Malaysia di Bangkok mendedahkan semakin ramai individu malahan berkeluarga sekali pun dari wilayah itu bukan sekadar melihat perjalanan ke sini sebagai melancong dalam masa singkat lagi tetapi kini pertimbang untuk tinggal lebih lama dek kerana menwarkan kualiti hidup, kestabilan dan peluang.

“Thailand kini muncul sebagai pasaran yang berpotensi untuk segmen MM2H.
“Antara daya tarikan utama bagi pemohon MM2H dari Thailand ialah sektor pendidikan. Malaysia semakin dikenali sebagai hab pendidikan di Asia dengan universiti yang tersenarai dalam ranking global, sekolah antarabangsa serta persekitaran pembelajaran pelbagai bahasa,” katanya kepada Bernama selepas sesi padanan perniagaan yang diadakan di Bangkok pada Isnin.
Nurul Ain menekankan bahawa ribuan pelajar antarabangsa, termasuk dari Thailand, memilih Malaysia kerana jaraknya yang dekat, kos yang berpatutan, dan kualiti akademik yang baik.
Beliau menambah bahawa Malaysia menawarkan persekitaran kehidupan yang selamat, mampu milik, dan berbilang budaya dengan akses kepada penjagaan kesihatan bertaraf dunia, infrastruktur moden, serta semangat kemasyarakatan yang kukuh.
Pada hari Isnin, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, telah mengadakan lawatan kerja ke Bangkok. Lawatan ini bertujuan mengukuhkan kerjasama pelancongan dua hala dan membina hubungan yang lebih erat menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Dalam lawatan itu, Tiong melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Sorawong Thienthong, sebelum bertemu dengan penggiat industri pelancongan di sana.
Malaysia telah menerima 13.4 juta pelawat antarabangsa dari Januari hingga April 2025, peningkatan sebanyak 21% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 833,610 pelawat adalah dari Thailand, peningkatan 3.4% tahun ke tahun, sekali gus mengukuhkan kedudukan Thailand sebagai pasaran utama bagi Malaysia.