Penyerang berpengalaman, Jamie Vardy yang berhijrah ke Itali mengakui beliau berdepan halangan bahasa di kelab baharunya, Cremonese.
Selepas 13 tahun bersama Leicester, Vardy memilih untuk meneruskan kariernya di luar England dengan menyertai Cremonese secara perpindahan percuma.
Baca Juga:
- Ini Kelab Yang Sesuai Buat Jamie Vardy Daripada Kacamata Harry Redknapp

- Tamat Sebuah Era: Jamie Vardy Bakal Tinggalkan Leicester Selepas 13 Tahun

- Pengaruh Besar Vardy Di Leicester Buat Nistelrooy Terpinggir

Keputusan tersebut diambil Vardy setelah mendapatkan pandangan daripada Enzo Maresca mengenai pengembaraan pertamanya di luar negara.
Pada peringkat awal, bekas penyerang skuad kebangsaan England itu mengakui bahawa berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan dan barisan jurulatih, namun tetap yakin dirinya mampu mengekspresikan segalanya di atas padang.
Pemain berusia 38 tahun itu juga percaya bahawa beliau boleh berkomunikasi melalui bahasa universal bola sepak.
Jamie Vardy Optimis
“Bahasa memang sedikit menjadi masalah, tetapi anda boleh berkomunikasi melalui bola sepak,” ujar Vardy menurut sumber laporan Goal.
“Pada awalnya ketika kami berbincang tentang kemungkinan ini, ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Saya berbincang dengan keluarga saya tetapi bernasib baik kerana teknologi sekarang membolehkan kita lakukan apa sahaja.”
“Saya bercakap dengan jurulatih dan melihat di matanya melalui panggilan video betapa bersungguh-sungguh dia mahu mendapatkan saya dan saya mahu bersedia.”
“Ia sesuatu yang hebat. Saya juga terkesan dengan pemilik kelab, [Giovanni] Arvedi, kerana kerendahan hati serta komitmen peribadinya. Beliau malah menghadiahkan saya sebuah buku tentang [bandar] Cremona dalam bahasa Inggeris,” tambah Jamie Vardy lagi.