Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) sering diangkat sebagai pelindung dan ‘rumah kedua’ bagi Warga Negara Indonesia (WNI) yang mencari rezeki di perantauan.

Namun, kebelakangan ini, institusi tersebut terpalit dengan polemik panas apabila tular dakwaan yang melabelkan seorang stafnya sebagai angkuh dan tidak mesra rakyat.

Hal ini susulan penularan video staf KBRI yang dilihat bermuka serius serta berkomunikasi pekerja imigran yang kunjungi dengan gaya bahasa yang dianggap ‘kasar’.

@netizen.berkomen

Netizen Indonesia Berkomentar Soal Petugas Staff KBRI Kuala Lumpur Ini Tidak Ramah Tamah Sesama Warga Indonesia, Why? #kbrikualalumpur🇲🇨🇲🇾 #kbri #kualalumpur #tkimalaysia🇲🇾🇮🇩 #tki

♬ kasih tau mama ipep fangky remix – Febrian Mahesa

Ketika kritikan awam semakin memuncak, satu naratif baharu tiba-tiba muncul dari sudut yang berbeza.

WNI tampil membela kredibiliti petugas kedutaan, sekali gus membongkar sisi gelap di sebalik kaunter perkhidmatan termasuk isu manipulasi dokumen dan kedegilan pemohon mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pengguna yang dikenali sebagai Sitibiantara mendakwa dirinya yang sudah menjadi pekerja imigran selama 10 tahun di Malaysia sudah cukup memahami akan perasaan yang dihadapi oleh staf kedutaan tersebut.

“Percayalah, warga kita yang berstatus tanpa izin, yang melanggar peraturan, keras kepala dan menipu itu banyak,” jelasnya.

Titipan nasihat buat warganya bahawa jangan sesekali menyusahkan pihak lain apatah lagi memandang remeh perundangan di sesebuah negara.

Akibatnya, tempias negatif akan menjejaskan urusan secara keseluruhannya.

Berbalik kepada pengalaman peribadinya, sepanjang berurusan dengan KBRI di Malaysia setakat ini sangat memuaskan, lancar dan paling utama staf sangat mesra.

Kenapa boleh mendapatkan layanan baik sebegitu rupa? Wanita itu berkongsi ini semua kerana dia mematuhi peraturan yang ditetapkan, menjaga etika dan bertindak secara rasional.

Perkongsian wanita tersebut mendapat sokongan padu oleh warga sebangsanya dan meminta orang ramai untuk mengambil teladan dari kisah terbabit.