Bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kerajaan telah membenarkan pengeluaran i-Sinar pada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Akan tetapi, menurut satu kajian Pusat Penyelidikan UCSI, segelintir golongan T20 telah menggunakan wang yang dikeluarkan untuk melabur pada emas dan saham.
Tinjauan meliputi 809 responden itu telah mengatakan hampir separuh responden iaitu 47.7% kumpulan T20 negara menggunakan atau akan menggunakan kelayakan mereka pada pengeluaran i-Sinar untuk dijadikan pelaburan diikuti M40 sebanyak 35.3% dan B40 sebanyak 31.1%.
Pusat Penyelidikan Undian UCSI mendapati membayar balik pinjaman menjadi tujuan utama responden membuat pengeluaran i-Sinar bagi golongan B40 dan M40 serta yang berusia antara 26 hingga 55 tahun. Hanya 48.6% menggunakan wang pengeluaran tersebut untuk kegunaan seperti membeli makanan dan barangan dapur.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang memiliki kepentingan sendiri untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP tetapi pihak KWSP perlu memantau dan meneliti semula tindakan pengeluaran ini, khusus untuk membantu kumpulan yang benar-benar terjejas.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
‘Merayu Dibenar Beroperasi Jika PKP Berlanjutan’- Zoo Negara Hanya Mampu Bertahan Hingga April Ini
Semua Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Dibawah PKP 2.0, Dengan SOP Yang Lebih Ketat?