Sebuah video ‘prank’ yang menunjukkan seorang gadis kantoi curang dengan teman lelakinya selepas ditawarkan RM20,000 telah tular di media sosial.
Malah, video tersebut telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen memberikan pendapat yang berbeza, ada yang tidak bersetuju untuk buat ‘prank’ seperti ini untuk menguji kesetiaan.
She's at the edge of cliff. She's jobless and had no money (her bf gave her money but not all can pay her bills etc). This isn't gold digger. This is a torture. If I were her, I would do the same too. He only made this set up to break up, without him, to feel guilty. Ugly https://t.co/MBtWKVe2WC
— Syaf (@AD0RABOWL) July 20, 2020
https://twitter.com/hoelydel/status/1285391667852271616
Jobless dpt offer rm20k. Klu aku pon pilih duit. Lain la die offer suruh jual diri. Ni offer jadi PA dgn penyanyi je. Nmpk la pompuan tu btol2 nak keje.. kputusan nak on the spot. X fair la. Laki tu nk test gf pon discuss sblom PKP lgi.
— VNWVR VNVRCHY (@vnwvrvli) July 20, 2020
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa wanita itu tersepit dan menerima tawaran wang tersebut untuk bina kerjaya sendiri. Malah, ada yang berpendapat wanita itu salah kerana menerima tawaran tersebut.
Perempuan tu tak salah apakejadah nya, perempuan tu dh curang masalahnya. Nk dpt 20k tu apa syaratnya? SYARATNYA???? Kena stay dgn bf ke, kena CURANG ke? haaa tak tau jawapan kan? sb tak tengok full video. Lps tu nk pusing² cerita. *takde org yg tak buat salah
— 🇲🇾الْمُهَيْمِنُ🇵🇸 (@HakimiMuhaimin) July 20, 2020
Ramai betul feminist ye. Kalau dah salah tu tetap salah ye. Takpayah la guna alasan jobless ke apa. Mmg patut kena tinggal pun. Kat situ dah diuji nak senang susah sama sama ke tak. Logik ke org bagi cek 20k dgn suara tak sedap tu. HAHAHAHAHAHAHA. Banyak lagi kerja kat malaysia
— Jie Azz 🇲🇾 (@Jie_Azz) July 20, 2020
Berikutan itu, netizen juga ada mencabar pihak Bros Gang untuk prank lelaki pula untuk uji kesetiaan mereka. Menerusi tinjauan kami, Bros Gang TV pernah tampil video prank lelaki sebelum ini tetapi kebanyakan videonya lebih kepada prank wanita.
Asyik prank gold digger je. Takda siapa nak buat prank test kesetiaan boyfriend2 di luar sana pulak ke? Letak perempuan sexy goda ke, letak sugarmommy offer duit ke. Takda? Dah nama depan mata. Prank mcmni kt siapa2 pun mesti lemah jugak.
— Z (@xzayrazeex) July 20, 2020
Untuk pengetahuan anda, channel Bros Gang TV ini tampil dengan konten gold digger test iaitu satu ujian yang telah dirancang untuk menguji sama ada perempuan tersebut ‘mata duitan’ ataupun tidak.
Setiap orang memiliki pendapat tersendiri dan anda boleh nilai sendiri sama ada konten seperti ini bagus untuk tontonan umum ataupun tidak. Apakah pendapat anda akan konten sebegini?
Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan ‘prank’ yang pernah dibuat Bros Gang pada pautan di bawah ini.
Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’
YouTuber Terkenal Hilangkan Diri Selepas Pesan 20 Burger Semata-Mata Untuk Konten ‘Prank’?
‘Prank’ Kotak Sumbangan Sahur Berisi Sampah, YouTuber Indonesia Akhirnya Dicekup