Pasukan yang sedang beraksi dalam saingan Liga Semi-Profesional Liga A1 iaitu Bukit Tambun FC bakal dijenamakan semula sebagai Brotherkita Bukit Tambun FC.
Kelab berpangkalan di Pulau Pinang itu diambil alih sepenuhnya oleh Datuk Razalif Mohamad Zain yang kini menjadi pemilik.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
“Bukit Tambun FC ini akan dijenamakan semula sebab saya baru sahaja ambil alih pengurusan dan ketika ini kita sedang buat pembaharuan semula dan kita akan jenamakan semula Bukit Tambun FC sebagai Brotherkita FC.
“Ketika ini juga sedang berlangsung proses perbincangan dengan pengelola liga iaitu Amateur Football League (AFL) dan saya rasa mereka tiada masalah mengenai pertukaran nama kelab sekiranya semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada HarimauMalaya.

Malah, pasukan itu terbang ke Dubai untuk menjalani sesi latihan dan beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan berdepan kelab terkemuka Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu Al-Bataeh, Kalba FC dan Royal FC.
“Di Dubai nanti kita akan lawan pasukan top yang setanding JDT,” jelas Razalif.
Razalif turut memberitahu bahawa beliau telah menyediakan bajet berjumlah RM3.5 juta untuk mengharungi saingan liga pada musim ini.
Sasaran Razalif untuk pasukannya pada musim ini adalah untuk menamatkan saingan Liga A1 di kedudukan tiga teratas dan bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai beliau telah pun membuat beberapa perancangan termasuk berlatih di Dubai.