Pemenang pingat emas acara tinju wanita Olimpik Paris 2024, Imane Khelif mengejutkan peminat dunia apabila menamakan Elon Musk dan JK Rowling dalam saman undang-undang buli siber.
Menurut laporan BBC, Khelif difahamkan sudah memfailkan aduan jenayah kepada pihak berkuasa Perancis. Butiran aduan itu mendakwa wujud “tindakan gangguan siber yang teruk” terhadap peninju dari Algeria itu.
Baca Juga:
Khelif berdepan buli siber yang teruk apabila kemenangannya dipertikaikan kerana didakwa mempunyai biologis lelaki. Selain Elon Musk dan JK Rowling, bekas Presiden Amerika, Donald Trump turut disiasat.
Trump didapati menyiarkan gambar pertarungan Khelif-Carini dengan kapsyen: “Saya akan menghalang lelaki daripada menyertai sukan wanita!”
🚨BREAKING: Trump says “We will not have men playing in women’s sports. That will end immediately.”
Do you agree with Trump?
Yes or No pic.twitter.com/6OomNqdwjE— Charlie Kirk (@Charlie98008) August 16, 2024
Peguam Khelif, Nabil Boudi memberitahu Variety:
“JK Rowling dan Elon Musk dinamakan dalam tuntutan mahkamah.
“Ciapan Trump, sama ada beliau dinamakan dalam tuntutan mahkamah kami atau tidak, beliau pasti akan dilihat sebagai sebahagian daripada pendakwaan.
“Apa yang kami minta pihak pendakwaan menyiasat bukan sahaja mereka ini tetapi sesiapa yang difikirkan perlu.”
Peguam dari Paris itu menambah: “Jika kes ini dibawa ke mahkamah, mereka akan dibicarakan.”
J.K. Rowling and Elon Musk have both been named in a criminal complaint filed to French authorities over alleged “acts of aggravated cyber harassment” against Algerian boxer and newly crowned Olympic champion Imane Khelif.https://t.co/756DIcwZzV pic.twitter.com/ylHMeGJi8e
— Variety (@Variety) August 13, 2024
Warga Algeria itu dilahirkan sebagai wanita dan tidak dikenali sebagai transgender. Namun Khelif berdepan kritikan di media sosial daripada beberapa orang ternama menyatakan dia lelaki dan tidak patut bertanding.
JK Rowling yang juga penulis Harry Potter menuduh Khelif sebagai seorang lelaki yang “menikmati penderitaan seorang wanita yang baru ditumbuknya.”
Pemilik Twitter dan Tesla, Musk turut berkongsi satu hantaran mengenai Khelif yang mendakwa “lelaki tidak berhak beraksi dalam sukan wanita.”