Dunia dijangka bakal ‘kiamat’ jika pemanasan global melebihi had 1.5 darjah Celsius, lebih-lebih lagi ia menjadi lebih teruk jika melebihi dua hingga tiga darjah Celsius.
Merujuk laporan NPR, Bumi kini dikhabarkan penat berdepan pelbagai cuaca yang tidak menentu dengan ribut ekstrem di hampir seluruh pelusuk dunia, manakala paras air laut yang meningkat boleh menenggelamkan kawasan pantai rendah.
Baca Juga:
- Lihat Bagaimana Pemanasan Global Mengubah Bentuk Muka Bumi Switzerland Secara Drastik
- Saintis ‘Risau’ Fenomena Bumi Berputar Lebih Laju, Kurang 24 Jam Pada Bulan Jun 2022
- Ilmuwan Singapura Jangka Bahasa Melayu Akan Diajar Dalam Bahasa Inggeris Pada Masa Hadapan
Kesannya sudah tentu memberi implikasi besar kepada tamadun manusia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa baki bekalan karbon semasa dunia ialah 360 bilion tan karbon dioksida (CO2), atau bersamaan sembilan tahun berdasarkan tahap pelepasan semasa.
Penilaian Jurang Pengeluaran Tahunan PBB tahun lalu mendapati bahawa sesetengah negara merancang untuk membakar lebih daripada dua kali ganda jumlah bahan api fosil menjelang 2030.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada inventori global yang menyeluruh mengenai pengurusan baki rizab negara.
Aktiviti manusia sejak Revolusi Perindustrian, kebanyakannya didorong oleh arang batu, minyak dan gas, telah menyebabkan pemanasan global hanya di bawah 1.2 darjah Celsius.
Keadaan ini menyebabkan kemarau, banjir, taufan, dan peningkatan paras air laut.
Pendaftaran Global Bahan Api Fosil berusaha untuk memberi penerangan tentang rizab minyak, gas dan arang batu untuk mengisi jurang pengetahuan dalam bekalan global dan membantu penggubal dasar menguruskan gangguan dengan lebih baik.