Tahukah anda sebenarnya waktu bergerak lebih laju dalam masa satu hari? Fakta ini sudah diperdebatkan oleh para saintis dan ia sebenarnya berlaku sejak 50 tahun lalu lagi.
Putaran Bumi dikatakan lebih pendek daripada biasa, menghasilkan jangka waktu sehari yang lebih pendek daripada 24 jam.
Para ilmuwan sekarang difahamkan sedang membahaskan sama ada mereka harus mengurangkan masa 1 saat lebih cepat dalam satu hari dan menyesuaikan dengan putara Bumi – ia dipanggil lompatan negatif kedua.
Situasi ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Namun, sejak tahun 1970, ketika pertama kali mengetahui Bumi berputar lebih cepat, sejumlah 27 ‘detik lompatan’ telah ditambah, untuk menjaga waktu atom sesuai dengan waktu Matahari, lapor Live Science.
Usaha ini dilakukan kerana Bumi memerlukan lebih lama daripada 24 jam untuk menyelesaikan putaran. Sejak tahun lalu, waktu yang diperlukan untuk Bumi berputar telah menurun sedikit demi sedikit.
Sejak tahun 1960-an, jam atom telah mencatatkan jangka masa yang sangat tepat. Berdasarkan pemerhatian, didapati bahawa selama 50 tahun terakhir, Bumi memerlukan waktu kurang dari 24 jam (atau selama 86,400 saat) untuk menyelesaikan satu putaran.
Namun, pada pertengahan 2020, hari berlalu lebih pantas daripada 86,400 saat.
Pada 19 Julai 2020, Bumi berputar 1.4602 milisaat lebih pantas daripada 24 jam. Ini adalah hari terpendek sejak penyimpanan rekod bermula. Sebelum 19 Julai 2020, hari terpendek berlaku pada tahun 2005. Namun, rekod ini berjaya dipecahkan pada tahun 2020 dengan jumlah sebanyak 28 kali dalam 12 bulan terakhir.
Rata-rata, hari ini memerlukan masa 0.5 saat lebih pantas. Pecutan masa yang sangat kecil ini hanya dapat dikesan pada tahap implikasi yang sangat luas.
Teori ini sangat penting disebabkan satelit dan peralatan komunikasi lain bergantung pada waktu sebenar yang sejajar dengan waktu matahari, yang ditentukan oleh kedudukan bintang, bulan dan matahari.
Tahukah anda, jika bumi dijual, berapakah harganya? Klik pautan di bawah untuk membaca.
Detak Jantung Bumi, Bunyi Misteri Yang Datang Setiap 26 Saat
NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000