Mulai bulan Julai hingga Ogos 2025, tiga tarikh ini — 9 Julai, 22 Julai dan 5 Ogos — dijangka akan mencatatkan hari-hari paling pendek tahun ini, apabila Bumi berputar sedikit lebih laju daripada biasa, lapor Live Science.

Walaupun perubahan itu sangat kecil — sekitar 1.3 hingga 1.5 milisaat lebih singkat — fenomena ini cukup untuk menarik perhatian komuniti saintifik di seluruh dunia.

Bumi

Secara asasnya, satu hari di dunia bersamaan dengan tempoh yang diperlukan untuk planet ini melakukan satu putaran lengkap pada paksinya: lebih kurang 86,400 saat, atau 24 jam.

Tapi realitinya, Bumi tidak sentiasa berputar dengan kadar yang tetap.

Kenapa Bumi Berputar Lambat?

Perubahan pada graviti bulan, kedudukan matahari, peralihan musim, malah aktiviti manusia — semuanya memainkan peranan dalam memperlahankan atau mempercepatkan putaran ini.

Bumi

Dalam kes bulan Julai dan Ogos ini, saintis menjangkakan bulan berada pada kedudukan paling jauh dari garisan khatulistiwa Bumi.

Bila bulan “menarik” dari arah kutub dan bukan dari tengah-tengah planet, kesannya ialah pecutan putaran Bumi — sama seperti cara gasing akan berpusing lebih laju jika ditarik dari atas dan bawah, bukan dari tepinya.

Bumi

Walaupun perbezaannya kecil dan tidak akan memberi kesan langsung pada jam — masa akan tetap akan tunjuk 24 jam seperti biasa — ia tetap membawa makna besar dalam pemahaman saintifik terhadap kestabilan masa di planet ini.