Kucing merupakan haiwan yang paling ‘panjang akal’ dan manja dimana akan menghiburkan pemiliknya atau sesiapa yang ditemuinya.
Terbaharu, Rapid KL telah berkongsi kisah kucing di MRT Damansara dimana telah cedera akibat bergaduh berebut pasangan . Kucing yang cedera itu telah dirawat di klinik selepas ada pengguna Rapid KL menghulurkan RM50 untuk rawatan kucing tersebut.

Bunga bukan sekuntum, Yen…
He fights, sheds blood and even had a hole on his head. Hole on his head? Yes! Just because of a female cat, he fought with another cat, and it injured him badly.
“He fought over a female cat,” said one of Rapid KL staff.
“Oyen, no wonderlah!” pic.twitter.com/ILLjyQuEr4
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) July 22, 2021
Selepas dua minggu, kucing itu telah kembali sihat dan cergas seperti biasa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat perkongsian Rapid KL berhubung kucing berwarna oren itu. Malah, perkongsian tersebut menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi segelintir netizen.
Bukan itu sahaja, para netizen juga mengucapkan terima kasih kepada pekerja Rapid KL kerana menjaga kucing tersebut sehingga sembuh. Rata-rata netizen juga mengatakan kucing oren itu kelihatan terurus dan bukanlah seperti kucing jalanan biasa.
https://twitter.com/twt_teha/status/1418156378355425284
Thank god he's recovering 🤧 also whoever meets oyen tell him it's okay to go for single male cats too its 2021 already ☺ https://t.co/BTor2BIujv
— ace⁷ (@ackermannbts) July 22, 2021
Tgk gambar2 oyen dlm thread ni tak nampak mcm stray cats pun. Elok je. Goodjob staff at there that treat this cat well https://t.co/yKiSbCqy3C
— FIO (@afifah_rahim96) July 23, 2021
https://twitter.com/httpsamalin/status/1418334472945029126
Kisah Oyen telah mendapat perhatian ramai dan para netizen turut berkongsi kisah kucing-kucing mereka di ruangan komen. Rapid KL juga mengatakan jika para penumpang melihat Oyen di stesen, bolehlah nasihatkan Oyen agar tidak bergaduh lagi demi kucing betina.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket.
‘Bagai Di Hong Kong’- Iklan Bilik Sempit Di Pulau Pinang Disewa RM150 Seorang Curi Tumpuan Ramai
Ebit Lew Jawab 10 Dakwaan Yang Dibuat Caprice Dan Nadir Al-Nuri Secara ‘Live’