Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL, 40, dilapor memilih tarikh 2 Disember ini untuk melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana.

Sumber terdekat kepada bintang jelita itu mengesahkan majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Memang benar BCL akan bernikah pada 2 Disember ini dan majlis akan diadakan di sebuah hotel mewah di Bali.

“Majlis perkahwinannya sangat eksklusif kerana difahamkan jumlah tetamu yang diundang tak ramai iaitu kurang 100 orang,” katanya kepada BH Online.

Dakwaan perkahwinan selebriti itu juga disahkan oleh ketua tempat tinggal BCL di Pejaten Barat, Asep Ahmad Umar.

Menurut Acep, BCL sudah menyerahkan dokumen berkaitan urusan pernikahan dengan jejaka yang bertugas di sebuah bank antarabangsa terkemuka.

Bagaimanapun, Asep tidak berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh ataupun lokasi majlis pernikahan pasangan itu.

Sumber Gambar: Liputan6.com

Tiko Aryawardhana juga sudah pernah mendirikan rumah tangga namun bercerai pada 2021. Bekas isterinya bernama Arina Winarto yang kini berusia 44 tahun. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak perempuan.

Difahamkan Tiko dan BCL sudah lama saling mengenali satu sama lain kerana mereka berdua mengikuti pengajian di Universiti Trisakti, Jakarta dalam jurusan ‘Ekonomi’.

Dalam pada itu, Tiko mempunyai sebuah syarikat rakaman yang dikenali sebagai Bombshell Records, khas buat peminat piring hitam di Indonesia.

Terdahulu, Bunga Citra Lestari pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair. Kedua-duanya mempunyai seorang anak lelaki Noah, yang kini sudah berusia 13 tahun.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.